Home Entertainment 10 Filem Psikopat Yang Ekstrem dan Penuh Darah

10 Filem Psikopat Yang Ekstrem dan Penuh Darah

0

Filem yang menceritakan tentang psikopat merupakan sejenis tayangan yang membawa genre seram thriller yang menampilkan adegan-adegan sadis.

Tidak semua orang akan menyukai filem-filem seperti ini, bahkan ada yang tidak berani menontonnya.

Menonton filem tentang psikopat memerlukan keberanian dan perlu kuat semangat. Apa tidaknya, para penonton akan menyaksikan mangsa-mangsa yang dibunuh secara sadis bahkan terlalu ekstrem. Jika tidak kuat semangat, tentu sahaja anda akan menjerit ketakutan.

Psikopat

Buat anda yang suka menonton filem thriller, di bawah ini kami kumpulkan beberapa cadangan untuk filem mengenai psikopat yang cukup sadis dan ekstrem, pastinya penuh dengan adegan berdarah. Wajib anda tonton!

IMG 4350 scaled

1. Filem pertama adalah Jigsaw (2017). Filem ini menampilkan aksi gila seorang pembunuh bersiri melalui sebuah permainan

2. Selanjutnya pula adalah The Texas Chain Saw Massacre (2022) tentang psikopat gila yang membunuh mangsa dengan menggunakan mesin gergaji

3. The Collection (2012) mengisahkan tentang seorang psikopat yang akan menculik mangsa dan menyembunyikan mengsa di tempat tertentu

4. Jangan lupa juga untuk menonton Friday the 13th (2012), pembunuh bersiri yang menggunakan topeng ini akan membunuh sesiapa sahaja yang datang ke tasik

5. The Human Centipede (2015) merupakan filem yang kejam, sadis dan menjijikkan. Filem ini menjadi kontroversi kerana terlalu sadis

6. Filem Maniac (1980) mengisahkan tentang seorang psikopat yang obses dengan rambut perempuan dan menyiat kulit setiap mangsa dalam aksinya

7. Filem The Shining (1980) menceritakan tentang karakter yang bernama Jack yang terpengaruh untuk membunuh anggota keluarganya dengan menggunakan kapak

8. House of Wax (2005) mengisahkan tentang seorang seniman yang berubah menjadi psiko kerana sebuah insiden

9. The Silence of the Lambs (2013) mengisahkan tentang seorang psiko yang mampu mempengaruhi pemikiran lawannya dengan mudah

10. Dalam filem Orphan (2009) anda bakal dikejutkan dengan adegan sadis yang dilakukan oleh anak kecil dibintangi oleh Vera Farmiga. Plot twist memang di luar jangkaan!

Demikian sahaja beberapa buah filem yang menceritakan tentang psikopat yang sadis dan ekstrem. Jika anda suka dengan adegan-adegan sadis, anda wajib memilih filem-filem yang tersenarai di atas sebagai senarai tontonan anda.

Baca lagi: 7 Filem Misteri Netflix, Penuh Teka-Teki Pembunuhan
Baca juga: 5 filem Original Netflix terbaru tayang Julai ini