Home Entertainment 10 Filem Hollywood Tayang September Ini

10 Filem Hollywood Tayang September Ini

0

Bulan Ogos yang lepas menyaksikan panggung-panggung wayang dimeriahkan dengan filem Hollywood Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem, Meg 2: The Trench, Blue Beetle, Gran Turismo, dan ditutup dengan Talk to Me.

Kelima-lima buah filem tersebut berjaya bertahan sangat lama untuk tayangan di panggung wayang selama beberapa hari, bahkan beberapa minggu. Anda pasti sudah semua semua filem tersebut bukan?

Kini, kita sudah berada di bulan September dan beberapa buah filem baru sudah ditayangkan pada bulan ini. Banyak filem Hollywood baru akan menjadi hidangan buat para peminat filem. Filem terbaru yang ditayangkan pada bulan ini bakal menampilkan banyak genre seram.

Berikut ini merupakan senarai filem Hollywood yang ditayangkan pada bulan September 2023.

 

Filem1. Ditayangkan pada 1 September, sekumpulan remaja menemui pisau yang sudah terkena sumpahan, lalu terlibat dengan sebuah permainan mengerikan bersama iblis dalam All Fun and Games

 

 

23b2d32c e048 4540 81fe 485e5ba267b32. Valak, biarawati iblis, kembali melakukan kekejaman dan gangguan. Sudah ditayangkan pada 8 September, The Nun II jauh lebih seram dari filem sebelumnya

 

 

dc531fb7 b2b5 4908 a1dd 4ed59cfc1b1a3. Bukan hanya filem seram semata-mata, Universal Pictures menghasilkan filem romantik komedi tentang reunion keluarga dalam filem My Big Fat Greek Wedding 3 yang ditayangkan pada 8 September

 

 

fc1a0c2f f4cc 479f 8299 ce0979a866094. My Animal menyajikan kisah asmara antara manusia dan manusia serigala. Filem arahan Jacqueline Castel ini ditayangkan bermula 8 September

 

 

326939a5 1f9b 49d3 8e92 1409661e2f705. Upacara pemujaan roh berakhir dengan nyawa yang melayang. Hercule Poirot bakal memecahkan misteri dalam A Haunting In Venice pada 15 September nanti

 

 

d3c7c5b0 45b3 493e 9aac 01e0a8ba23256. Pasukan tentera elit kembali melemahkan para penjahat. Bakal ditayangkan pada 22 September nanti, EXPEND4BLES menampilkan Jason Statham dan Iko Uwais!

 

 

ccdc47a3 a97d 416d 8259 5e53db07a9c97. Selepas stoples misteri pecah, iblis kuno mula muncul dan mengganggu orang-orang di sekitar. It Lives Inside, sebuah filem Hollywood yang bakal menguji keberanian anda bermula 22 September akan datang

 

 

b51b867f ed8e 406f a7a2 cfd7768e43fc8. Jigsaw kembali muncul melakukan aksi pembalasan yang semakin kejam. Teka-teki misteri dalam filem Hollywood “Saw X” boleh ditonton pada 29 September nanti

 

 

a7c5af00 0c84 42a3 9452 e8a9dfbf3eb49. Rindu filem sci-fi tentang hubungan manusia dan robot? Bakal menemui anda pada 29 September, satu lagi filem Hollywood The Creator pasti akan membuat anda kagum

 

 

Filem hollywood10. Sepasang kekasih bekerja di sebuah syarikat yang sama, lalu berakhir dengan persaingan untuk merebut kenaikan pangkat jabatan. Fair Play boleh ditonton pada 29 September di Netflix

Filem Hollywood baru pada September 2023 kali ini terasa sangat istimewa. Selain didominasi oleh genre seram, ada juga filem yang melibatkan pelakon dari Asia Tenggara iaitu Iko Uwais, dalam filem EXPEND4BLES.

Baca lagi: 12 Filem Seram Slasher Dari Blumhouse, Menakutkan Penonton
Baca juga: 6 Filem Original Netflix Tayang September Ini