Home Entertainment 10 Fakta Lily NMIXX Bintang Muda Bersuara Emas

10 Fakta Lily NMIXX Bintang Muda Bersuara Emas

0

10 Fakta Menarik Lily NMIXX, Figura Vokalis yang Bersuara Emas. Diketahui Memiliki Suara Merdu Bak Buluh Perindu!
1AEDFE0C 08BA 4BED AF12 153A6AC87F7D

NMIXX merupakan kumpulan idol KPop yang menampilkan gaids-gadis cantik sebagai anggota mereka dan dinaungi oleh JYP Entertainment. Sejak pertama kali NMIXX debut, kumpulan ini telah menjadi bahan bualan buat para netizen. Mereka menjadi perhatian bukan kerana alasan buruk atau berita negatif, tetapi NMIXX dinilai mempunyai potensi untuk menjadi salah satu kumpulan idol KPop generasi ke-4 yang memiliki populariti seperti TWICE.

Penilaian positif tersebut pastinya dari kemampuan dan bakat yang dimiliki oleh setiap anggota kumpulan NMIXX. Salah seorang anggota kumpulan yang disebut-sebut ialah vokalis utama NMIXX iaitu Lily.

Baca Lagi: Ningning aespa Dedah Pernah ‘Cacat’ Ketika Dia Masih Kecil

32C5FC4C ADB9 4842 ADD4 8E79F47B7ADB

Berikut kami rangkumkan 10 fakta menarik mengenai Lily NMIXX:

1. Lily dikenali sebagai seorang gadis yang unik yang tidak suka makan sayur namun sangat menyukai ais krim berperisa coklat cip pudina apabila tiba musim panas.

2. Berjiwa seni. Lily mula belajar menyanyi, menari ballet dan bermain piano sejak dari kecil lagi.

5275A41E E0E4 44D6 B797 5AAE350976533. Muzik adalah hobinya. Lily mengaku suka mendengar pelbagai jenis lagu dari genre rock, pop dan R&B.

4. Sebagai pencinta muzik Lily sangat meminati Taylor Swift dan menjadikannya sebagai idola. Lily juga mempunyai akaun swiftie (peminat Taylor Swift) yang juga mempunyai 1 juta pengikut.

5. Sebelum menjadi trainee JYP, Lily dikenali sebagai model dan pelakon cilik yang pernah diberi tanggungjawab untuk memegang watak dalam filem The Weatherman’s Umbrella (2016).

7C4444AC 5B04 4F8D BDD3 835B8AB92057

6. Selain itu, Lily sewaktu kecilnya kerap menyumbangkan suaranya. salah satunya ialah OST “I Know” dalam drama bersiri Orange Marmalade (2015).

7. Mempunyai impian untuk menjadi idol KPop sejak kecil, Lily memasuki ujibakat di JYP dan YG namun memutuskan untuk menyertai JYP Entertainment pada 4 Mei 2015.

8. Selama menjalani tempoh trainee, Lily mempunyai interaksi dan hubungan yang baik dengan Bang Chan Stary Kids, Chaeryeong ITZY, Haewon NMIXX dan juga Tzuyu TWICE.

9. Bagi Lily, kunjungannya bersama Haewon di LA merupakan pengalaman yang paling bermakna selama dia menjadi trainee di JYP.

8DCDC211 DB51 468D 8E53 F8B34CFEE58810. Telah menjalani latihan trainee selama 7 tahun, si cantik manis ini pernah menjadi calon ahli kumpulan ITZY. Lily NMIXX kini dikagumi kerana suaranya yang merdu dan karakternya yang selalu tampak ceria.

Disebutnya sebagai salah seorang vokalis terbaik dalam generasi KPop ke-4, bersama dengan Ningning Aespa benar-benar menarik perhatian ramai peminat Kpop. Adakah anda juga peminat Lily dari NMIXX?

Baca Juga: 5 Pelakon Wanita Korea Yang Berani Tampil Dengan Adegan Panas