Home Entertainment Yulhee ‘Tutup Kilang’ Di Usia 25 Tahun? Ini Sebabnya

Yulhee ‘Tutup Kilang’ Di Usia 25 Tahun? Ini Sebabnya

0

Baru- baru ini, pasangan selebriti Minhwan (FT Island) dan juga isterinya, Yulhee telah membuat keputusan untuk tidak mempunyai anak lagi selepas ini.

Mereka berkata demikian ketika mereka muncul di dalam program KBS iaitu Mr. House Husband 2. Di dalam episod tersebut, pasangan itu telah menziarahi datuk dan nenek Yulhee.

1661629618 202208272311770750 630a301182e37

Bukan sekadar datuk dan nenek Yulhee, malah kedua orang tua Yulhee dan ibu bapa saudaranya turut berkumpul sekali.

Ketika mereka sedang berbual sambal makan, Minhwan ditanya perancangan mereka dalam mendapatkan anak keempat.

Tetapi, dengan pantas Yulhee menjawab, bahawa mereka tidak mahu lagi menimang cahaya mata. Bagi Yulhee, tiga orang anaknya sekarang sudah mencukupi.

yulhee reveals how it is like when having couple fight with ftisland minhwan

Untuk pengetahuan, Minhwan dan Yulhee telah berkahwin pada tahun 2018, dan dikurniakan tiga orang anak. Anak sulung merupakan anak lelaki yang bernama Jaeyul, manakalah anak kedua dan anak ketiga mereka pula merupakan kembar perempuan yang bernama Arin dan Ahyoon.