Home K - Pop Yoo Jae Suk Kongsi Rutin Hariannya Ketika Kuarantin Dalam “Running Man”

Yoo Jae Suk Kongsi Rutin Hariannya Ketika Kuarantin Dalam “Running Man”

0

Selepas pulih daripada COVID-19, Yoo Jae Suk kembali aktif di dalam “Running Man” pada episod yang bertarikh 2 Januari 2022.

Pada 13 Disember tahun lalu, Jae Suk telah disahkan positif COVID akibat daripada kontak rapat. Kemudian mengumumkan bahawa dia telah pulih sepenuhnya dan telah kembali bekerja pada 21 Disember.

running man

Pada episode tersebut, Yoo Jae Suk hadir sebagai “pelanggan”  Jun So Min, di mana So Min memegang watak sebagai peramal.

So Min berkata, “Saya lihat bahawa awak telahpun mendapat suntikan vaksin yang ketiga,” dan Yoo Jae Suk mengesahkan bahawa dia telah pun menerima vaksin yang ketiga.

Kemudia So Min berkata, “Awak juga telah makan sandwich ayam ketika dikuarantin.” Jae suk yang berlakon seolah-olah terkejut kemudian memberitahu bahawa So Min bertanya khabarnya setiap dua hari melalui panggilan telefon.

haha yang se chan yoo jae suk

Kemudian, Yang Se Chan dan Haha bertanya tentang rutin harian Jae Suk ketika kuarantin di rumah.

Yoo Jae Suk berkata, “Saya bangun seawal 6.30 hingga 7 pagi setiap hari. Saya mengenali beberapa orang yang sedang menjalani kauarantin juga, jadi saya akan bertanya khabar mereka.

Kemudian saya akan mengambil sarapan ringan pada jam 9 pagi. Setelah sarapan, saya menonton ‘AM Plaza.’ Jo Se Ho akan menelofon saya sekitar jam 9.40 pagi.

running man 1

Pada jam 10 pagi, saya akan bersembang dengan Shin Bong Sun di telefon. Pada jam 12 tengah hari, So Min akan menelefon saya.

Saya menjadi sangat sibuk (dengan panggilan telefon) sehinggalah jam 4 petang. Tekak akan berasa kering akibat bercakap terlalu banyak.”

dummy

Jun So Min juga mendedahkan, “Apabila saya bercakap melalui telefon dengannya, kira-kira empat panggilan akan masuk dan saya harus menunggu.”

Sumber: Soompi