Home Entertainment Wow, Artis Korea ni Berdarah Raja Lah!

Wow, Artis Korea ni Berdarah Raja Lah!

0

Ingat Malaysia je ada istilah kerabat diraja? Korea pun ada tau! Artis Korea pun turut tidak ketinggalan mempunyai hubungan dengan keluarga diraja Korea.

Walaupun pemerintahan diraja di Korea telah lama tamat namun susur galur keturunan itu tetap tidak boleh dihapuskan. Ini antara selebriti yang memiliki pertalian darah dengan keluarga diraja Korea.

Lee Seung Gi 

lee seung gi

Selain daripada pencapaian terbaik beliau dengan kdrama, Keluarga Lee Seung Gi sebenarnya daripada kerabat diraja.

Berdasarkan laporan,  bintang “Vagabond” ini datang daripada keluarga terhormat dan mempunyai susur galur dari keturunan dinasti Raja Joseon.

Lee Seung Gi adalah daripada keturunan Putera Yang Yeong, kekanda kepada Raja Sejong dan anak sulong dari keturunan Joseon, Raja Taejong dan Ratu Wongyeong.

Menurut outlet, waris daripada keturunan ini terkenal dengan kelebihan dalam sastera dan kaligrafi.

Jadi tidak hairanlah kenapa Lee Seung Gi mampu menjiwai watak dalam sebuah drama bersiri “The King 2 Hearts” yang berlatar belakang kan keluarga diraja, memainkan watak sebagai Putera Lee Jae Ha.

Selepas berjaya dalam K-drama 2021, “Mouse” beliau dijangka muncul kembali dalam siri “The Law Cafe” dan juga drama triller, “The Golden Age of Villains“.

 Lee Da In & Lee Yoo Bi

lee yoo bilee da in

Teman wanita kepada Lee Seung Gi, Lee Da In dan adiknya, Lee Yoo Bi khabarnya bersusur galurkan dari keturunan Hwanggan Kyeon.

Seperti yang dilaporkan media outlet, selain daripada memiliki kedua-dua orang tua yang famous, seperti Kyeon Mi Ri dan Im Young Gyu dan juga ayah tiri, Lee Hong Heon, yang juga merupakan ahli usahawan yang berjaya, dua beradik ini juga memiliki pertalian darah diraja yang dikatakan daripada belah ibu mereka.

Selain terkenal kerana title Teman Wanita Lee Seung Gi, Lee Da In turut muncul dalam drama bersiri, “Doctor Prisoner” memainkan watak sebagai kakak Park Eun Seok dan memegang watak utama pada 2020, dalam drama bersiri “Alice” bersama dengan Kim Hee Sun dan Joo Won.

Adiknya, Lee Yoo Bi pula pernah membintangi drama, “Yumi’s Cells“.

Choi Si Won

choi siwon

Penyanyi dan pelakon, Choi Si Won bukan sahaja datang daripada keluarga berada malah juga mempunyai susur galur keturunan diraja.

Choi Siwon katanya berketurunan daripada Raja Cheoljong, pemerintah ke 25 Dinasti Joseon.

Tidak hairanlah mengapa Choi Si Won memiliki aura elegen dan bangsawan.

Choi Siwon hadir dengan siri rom-com, “Love That Will Freeze To Death” bersama dengan Lee Da Hee.

Sumber:KdramaStars