Home Concert Winner Everywhere Tour in Malaysia Post Concert Review

Winner Everywhere Tour in Malaysia Post Concert Review

0

Daebaking sekali lagi mendapat peluang dari MacpiePro untuk membuat liputan media sewaktu konsert Winner di Stadium Malawati Shah Alam pada 14 Oktober (Ahad) lepas. Admin pun ada terbaca di laman web dan page lain menyatakan bahawa kemungkinan tidak ramai peminat akan menghadiri konsert Winner namun jangkaan ini meleset apabila ternyata ramai yang hadir. ‘Standing area’ turut kelihatan sangat penuh sewaktu konsert ini.

Kumpulan ini pernah datang ke Malaysia bersama 2NE1 pada tahun 2014, namun kali ini lebih istimewa kerana mereka mengadakan konsert mereka sendiri. Kedatangan mereka turut mendapat sambutan hangat dari Iner Circle dan ternyata mereka juga tidak menghampakan peminat mereka dengan memberi persembahan bertenaga dan menjadi memori kepada semua yang menghadiri konsert ini.

Konsert ini turut bermula pada jam 6 petang, sewaktu pembukaan mereka menyanyikan lagu Empty, Air dan Hello. Sesi perkenalan bersama peminat turut dilakukan dalam bahasa Inggeris. (well.. it’s YG Artist right??) Kelakar jugak apabila mereka berinteraksi sesama sendiri sewaktu ada perkataan yang mereka tak tahu.

44228398 2328316820517813 3182488324438753280 o

Mereka turut menyajikan persembahan solo dari setiap ahli. Solo Stage ini dimulakan oleh Mino dengan lagu Body dan Turn Off The Light. Kali ni kelihatan gaya Mino tak ubah seperti G-Dragon. Min rasa macam tengok GD pun ada ????. Kemudian, Jinu mengambil alih pentas dengan lagu Untitled (lagu solo GD). Memang mengubat kerinduan pada Big Bang jugaklah apabila penonton turut ‘sing along’ waktu lagu ni. Yoon menyambung persembahan solo dengan lagu Its Rain dan Instinctively. paling best dan harmoni apabila Yoon menyanyikan lagu All Of Me dari John Lagend bersama penonton. Akhir sekali Hoony muncul dan menyanyikan lagu Serenade dan Ringa Lingga.. Wah.. memang havoc habis waktu tu. Min yang ada kat ‘standing zone’ masa tu memang enjoy habis. Sebab tu Story konsert lambat sikit keluar kat Daebaking ni.. Min kena recall banyak memori sebab enjoy sangat????????

Winner turut menyanyikan lagu ‘We Were’, ‘For’, ‘Raining’, ‘Movie Star’, ‘Immature’,’Love Me Love Me’,’Special Night’, ‘Island’,’Really Really’ dan ‘LaLa’. Min dapat tengok yang Winner sangat bersungguh-sungguh untuk berinteraksi dengan penonton. Pujian mesti diberikan kepada mereka.

 

44185998 2328316663851162 7986934218867343360 n

Yoon turut berkongsi pengalaman mereka merasai makanan Malaysia seperti satay, nasi lemak dan mee goreng. Hoony pula menyatakan ‘Aku Cinta Padamu’ berulang kali dan Mino melakukan beatboxing kepada penonton. Suasana gamat dengan nada ketawa peminat apabila Yoon berkata “Kami menyediakan skrip ini kerana ingin berkomunikasi dengan anda, jadi jangan ketawa,”.???? Penjelasan mengapa mereka memilih nama “WINNER EVERYWHERE TOUR’ untuk konsert mereka turut terjawab apabila mereka menerangkan yang mereka ingin pergi ke setiap tempat untuk bertemu peminat yang selama ini menyokong mereka dari jauh.

Sewaktu Encore, mereka sekali lagi menyanyikan lagu ‘Really Really’, ‘Everywhere Remix’ bersama lagu ‘Don’t Flirt’ dan ‘Luxury’. Tahniah kepada Inner Circle yang berjaya dengan fan project untuk kali ni, dan Winner kelihatan terharu dengan usaha korang. Terima kasih kepada penganjur kerana menjadikan impian Iner Circle satu kenyataan dengan membawa Winner ke Malaysia.

Kalau korang nak usha lagi gambar concert dorang yang superb tu, korang boleh tengok gambar kat bawah…

44288412 2328316657184496 5087954611168346112 n 44332969 2328316760517819 2285974108250308608 o 44282935 2328316850517810 883947652981456896 o 44219113 2328316867184475 1844323600455172096 o 44211327 2328316753851153 1724823222140010496 n

44194823 2328316720517823 5345750720211582976 n

Kredit foto : YG Entertainment