Home Entertainment Will Smith Pernah Menolak Bergandingan Dengan Jackie Chan Dalam Rush Hour

Will Smith Pernah Menolak Bergandingan Dengan Jackie Chan Dalam Rush Hour

0

Kebanyakan pencinta filem dan majoriti penonton filem mengenali Will Smith melalui watak ikoniknya dalam filem francais filem Men In Black. Pelakon berbakat besar yang juga merupakan seorang penyanyi rap itu juga pernah membintangi sitkom popular iaitu Fresh Prince Of Bel-Air.

Sitkom yang disiarkan pada tahun 1990 itu merupakan sebuah permulaan yang sangat bagus untuk kerjaya Will Smith sebagai seorang pelakon pada ketika itu, semenjak membintangi sitkom popular tersebut, kerjaya Will Smith mencanak naik dan dia menjadi rebutan ramai ketika itu.

0DC7D8A0 F872 495B 9B98 AD809A05DA86Baru-baru ini Will Smith memang menjadi tumpuan dunia apabila kisah perkahwinannya yang berantakan dengan isterinya iaitu Jada Smith menjadi sorotan media. Kisah kecurangan dan pelbagai kisah negatif mengenai perkahwinan mereka menghiasi dada-dada akhbar dan portal hiburan serta ruangan gosip.

Tambahan pula, pelakon terkenal itu telah menjadi tumpuan media setelah dia bangun dan menampar pelawak Chris Rock di atas pentas Academy Awards apabila Chris Rock menjadikan Jada Smith sebagai bahan lawak.
Kontroversi yang menimpa Will Smith tidak langsung menggugat Will Smith apabila dia masih mempunyai pengaruh dan peminat yang sangat ramai.

Selain itu pelakon hebat tersebut juga turut menerima beberapa pencapaian membanggakan apabila menerima beberapa anugerah seperti Academy Award, Grammy Award, Golden Globe Award, dan banyak lagi anugerah berprestij lainnya.

Baca Lagi: 10 Adaptasi Anime Live-Action Terbaik

Mengapa Will Smith menolak untuk berlakon dalam Rush Hour?

Rush Hour merupakan sebuah filem yang sangat menarik dengan pelbagai babak komedi yang sangat mencuit hati. Filem aksi komedi ini diarahkan oleh Brett Ratner. Dua pelakon hebat iaitu Jackie Chan dan Chris Tucker bergandingan dalam filem ini sebagai pelakon utama.

Brett Ratner mendakwa bahawa Rush Hour adalah antara filem yang dilakonkan oleh Jackie Chan tanpa sebarang Dubbing. Pengarah tersohor itu menyatakan bahawa, lakonan Jackie Chan tanpa dubbing itu menambahkan lagi keaslian watak Jackie Chan sebagai Lee. Sebenarnya, sebelum Chris Tucker menerima tawaran untuk berlakon dalam Rush Hour, Will Smith terlebih dahulu ditawarkan watak untuk filem tersebut. Watak Detektif Carter pada awalnya memang dicipta untuk Will Smith.

F769B70C 8F6E 4C83 A09C 2C2E0AF2800DSememangnya Chris Tucker bukan pilihan utama Brett Ratner. Pelakon-pelakon lain juga pernah dipertimbangkan untuk membawa watak Detektif Carter seperti Dave Chappelle dan Martin Lawrence. Pelakon The Men In Black tersebut telah menolak tawaran untuk membawa watak sebagai Detective Carter dan dia menyatakan bahawa dia tidak mahu lagi terlibat dengan satu lagi filem buddy cop.

A762A663 BB67 4F43 A481 DD645AA17117

Selepas itu Chris Tucker hadir untuk sesi ujibakat dan terpilih sebagai Detektif Carter dan siapa sangka gabungannya bersama Jackie Chan sangat menjadi dan diingati sehingga ke hari ini. Chris Tucker berjaya memberi suasana ceria dan mencipta beberapa dialog ikonik dalam filem tersebut dan gandingannya bersama Jackie Chan berjaya membuatkan filem ini sebagai salah satu filem komedi masterpiece kegemaran ramai. Rush Hour merupakan sebuah filem yang sangat berjaya pada waktu itu. Filem tersebut berjaya mengutip Box Office sebanyak USD $850 juta.

Baca Juga: Bintang “The Glory” Lim Ji Yeon & Lee Do Hyun Disahkan Bercinta