Home Entertainment Watak Yoona SNSD dalam “King The Land”

Watak Yoona SNSD dalam “King The Land”

0

Dibintangi oleh Lee Jun-ho dan Im Yoon-ah (Yoona), drama siri Korea terbaru yang bertajuk “King The Land” tidak lama lagi akan menyapa para penonton!

Yoona

Watak utama dalam drama siri terbaru JTBC ini akan dibawakan oleh dua bintang idol generasi kedua iaitu Yoona SNSD dan Junho 2PM. Mereka akan membawa kisah cinta pemilik sebuah hotel dengan pekerjanya sendiri.

Yoona buat kali terakhir muncul dalam drama siri Big Mouth pada tahun lalu. Kembalinya Yoona dalam projek lakonan ini sudah pasti dinantikan oleh semua peminat-peminat setia kerana gabungan Yoona dan Junho sudah sering kali bekerja sama sejak kebelakangan ini.

Pasti ramai peminat yang tertanya-tanya bagaimanakah agaknya watak yang dilakonkan oleh Yoona nanti, bukan?

Jom sama-sama kita lihat beberapa fakta mengenai watak Yoona dalam drama siri terbaru King The Land:

cbd58796 d921 4a40 aee8 3e92c41eb794

1. Yoona diberi kepercayaan untuk melakonkan watak sebagai Cheon Sa Rang iaitu seorang pelerja di King Hotel. Dia bekerja di meja informasi lobi hotel tersebut

9a53aef2 5e1c 413e 8b90 c9626df3d886

2. Setelah ayahnya meninggal dunia, dia hidup bersama neneknya. Sa Rang selalu memberi yang terbaik kepada orang-orang yang dianggapnya sangat berharga

5b345c52 9be3 42c4 a2f5 7b5443a19eb3

3. Cheon Sa Rang mempunyai kenangan tersendiri mengenai King Hotel. Sebab, dia pernah berkunjung ke hotel tersebut sewaktu dia masih kecil bersama ibunya

45ed1264 f6a0 4cbc 996c e98aeefcdac0

4. Dia ingin memberikan kenangan dan hari yang bahagia untuk para pelanggan hotel sana seperti kenangan manis dan bahagianya dulu sewaktu kecil. Untuk itulah dia memohon kerja di King Hotel

bdf75589 9fa5 460e b5ef 350ad57d3c5d

5. Sa Rang akhirnya diterima dan ia ditugaskan di meja informasi lobi hotel. Selalu tersenyum ramah, Sa Rang turut digelar sebagai Smile Queen

a700de0c 64e5 47e0 bf20 0c78b3aae316

6. Ramai orang berpendapat bahawa berkata Sa Rang akan dipecat. Namun, kenyataannya Cheon Sa Rang mampu bertahan di meja lobi King Hotel selama 7 tahun

9dc0ff5f d907 4297 a811 e409a8bcb67a

7. Hasil dedikasinya yang tinggi, Cheon Sa Rang terpilih sebagai pekerja paling baik hati dan diangkat menjadi wajah untuk King Hotel

Perkembangan kisah cinta antara Cheon Sa Rang yang murah dengan senyuman dengan Gu Won (Junho 2PM) yang bersifat kontra dengan gadis itu amat dinantikan dan bakal kita saksikan pada setiap episod King the Land nanti.

Buat anda yang ingin menonton, jangan lupa nantikan tayangnya pada 17 Jun nanti. Saksikan secara langsung melalui platform streaming Netflix!

Baca lagi: 12 Kdrama Baharu Menarik Jun Ini

Baca juga: 7 Kdrama Terbaik Untuk Healing, Vibe Menenangkan