Home Entertainment Wartawan Di Red Carpet Mendapat Kecaman Hebat Kerana Memaksa Red Velvet Membuka...

Wartawan Di Red Carpet Mendapat Kecaman Hebat Kerana Memaksa Red Velvet Membuka Mask Muka

0

Pada 27 Januari yang lalu, telah dilangsung satu award yang berprestij iaitu Gaon Chart Music Awards yang ke 11.

unnamed 1

Ramai reporter dan juga fotografer yang memaksa kumpulan Red Velvet untuk managgalkan mask mereka ketika di red carpet.

Di Korea Selatan, lebih 14 ribu kes COVID- 19 dicatatkan dan ramai juga selebriti yang disahkan positif sejak kebelakangan ini.

Namun, masih ada juga reporter yang bertindak memaksa Red Velvet membuka mask ketika sedang bergambar.

images

Seulgi merupakan ahli pertama yang perasan bahawa ada wartawan yang meminta mereka membuka mask.

Dia kemudian menoleh kearah Irene dan bertanya adakah mereka boleh membuka mask. Irene dengan segera menggelengkan kepalanya “tidak” dan menyilangkan lengannya dengan tanda X.

Seulgi juga menyilangkan tangannya dengan tanda X untuk menunjukkan bahawa kumpulan tersebut tidak akan membuka masker mereka.

Tetapi para wartawan masih terus mendesak Red Velvet untuk membuka mask mereka dan pada akhirnya, mereka menyerah pada tekanan reporter dan membuka mask mereka.

red velvet gaon news1 pg1

Setelah video tersebut disebarkan, netizen telah mengkritik wartawan kerana telah membahayakan kesihatan kumpulan tersebut.

Ditambah pula apabila mereka terus menerus memaksa Red Velvet, meskipun Irene dengan tegas mengatakan tidak.

93854a6579

Netizen memuji Irene karena mempertahankan pendiriannya dan melakukan segala dayanya sebagai ketua Red Velvet untuk memastikan semua anggotanya selamat.

“Aku suka sikap tegas Irene, dia tidak senang untuk mengalah,” komen netizen. “Ada sebab mengapa dia menjadi seorang ketua kumpulan” tambah netizen lain.

“Dah banyak kes artis positif baru- baru ini, dan reporter ni dah gila ke suruh mereka membuka mask muka” ulas lagi seorang netizen.

Sumber: Koreaboo