Home Entertainment Wartawan Buru Pasangan Selebriti Pengantin Baru Ini Sehingga Ke Dalam Kereta

Wartawan Buru Pasangan Selebriti Pengantin Baru Ini Sehingga Ke Dalam Kereta

0

Berita pasangan pelakon Hyun Bin dan Son Ye Jin pulang ke Korea dari Amerika Syarikat (AS) menjadi topik panas.

Mereka dilaporkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Terdahulu, pasangan ini mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup pada 31 Mac lalu kemudian berlepas ke AS selama dua minggu untuk berbulan madu.

1 14

Tidak pasti mereka boleh menghabiskan masa berdua dengan aman atau tidak kerana selalu ada mata-mata yang memerhati pergerakan mereka. Bintang global itu tidak hanya dikejar peminat Korea tetapi juga di Amerika Syarikat.

Media Korea menyatakan di sebalik topi dan pelitup muka berwarna hitam, Hyun Bin tetap tayang muka hensem setibanya di negara tersebut. Manakala Son Ye Jin tersenyum malu-malu di sisi suaminya. Kebahagiaan mereka membuatkan para peminat tumpang gembira.

2 14

Sekembalinya ke tanah air, sekali lagi mereka mencuri tumpuan para peminat dan portal-portal berita. Tanpa malu-malu, segerombolan wartawan menyerbu pasangan ini sehingga ke dalam kereta dan mengetik kamera. Kesabaran Hyun Bin dan Son Ye Jin yang tetap melayan para wartawan ini dengan baik mencuri hati peminat.

Sumber: [1]