Home News Wanita Warga Emas Maut Selepas Makan Ikan Buntal Di Paloh, Tidak Tahu...

Wanita Warga Emas Maut Selepas Makan Ikan Buntal Di Paloh, Tidak Tahu Ikan Digorengnya Beracun

0

Baru sahaja semalam tular sebuah cerita di mana seorang wanita warga emas, Lim Siew Guan, 83, yang maut selepas makan hidangan ikan buntal di Paloh. Menurut sumber, wanita tersebut tidak mengetahui bahawa ikan yang digorengnya beracun. Menurut anaknya, ikan itu dibeli suaminya, Eng Kuai Sin@Ng Chuan Sing, 84 daripada penjaja van yg datang ke rumah.

Foto BH

ikanbuntal

ikanbuntal1 1

Difahamkan ikan tersebut memang beracun dan terdapat cara untuk membuang racun tersebut sebelum digoreng.

“Aduh kesiannya. Ikan ni memang beracun. Kena pandai buang racun tu “

Lihat posting di bawah :

Lihat juga komen warganet :

@21syahin : salam takziah. tapi xpernah dengau orang jual ikan buntal.. kena kejau balik si penjaja ikan tu..

@SueVMC : Takziah..kesiannya.ikan buntal memg beracun but ade teknik utk siang..org jepun mahir siang dan makan ikan ni…

@inijalannya : Dulu2 pun ada kes hampir sekeluarga meninggal katanya beli telur ikan kurau tapi orang syak sebenarnya telur ikan buntal ni…

@AimanAirin2 : Poor . Org tua yg taktau apa2 makan tu ,aduhai sian .

@naturehunter123: Teringat kisah menyayat hati ni yg berlaku Kat melaka pun disebabkan ikan buntal. Makknya masakkan asam pedas utk anak2nya makan, kat depan mata juga tgk anak2nya mengelupur mati. kejam org pasar yg tipu Si ayah yg telur tu, telur ikan kurau

Sebelum membeli ikan pastikan kita mengetahui jenis ikan tersebut kerana tidak semua ikan adalah selamat untuk dimakan kerana terdapat kes dimana penjual ikan menipu pembelinya dan mengakibatkan berlakunya kematian yang tidak disangka.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Twitter