Home Video Wanita Ditegur Duduk Atas Kereta Mercedes Miliknya Sambil Buat Video, Sekali Ini...

Wanita Ditegur Duduk Atas Kereta Mercedes Miliknya Sambil Buat Video, Sekali Ini Yang Terjadi

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok ainaqadiah_, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita yang sedang bergambar dihadapan kereta miliknya berjenama Mercedes. Seperti yang kita lihat wanita ini telah ditegur oleh orang awam kerana disangka kenderaan itu bukan miliknya. Namun reaksi wanita ini yang terpinga-pinga dan menahan malu apabila ditegur serta orang disekelilingnya turut memandangnya, beliau terus masuk ke kenderaannya.

Screenshot 2023 09 10 111752
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan kemungkinan individu tersebut tidak tahu bahawa wanita ini adalah pemilik kenderaan itu kerana wajahnya yang kelihatan muda. Ada juga yang mengatakan tindakan individu itu sememangnya bagus dan dipuji kerana bersikap prihatin terhadap orang disekelilingnya, agar kenderaan tersebut tidak rosak dan calar.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 3.4K penonton, 236.5K sukaan dan 2080 komen.

Pemilik video klip ini juga telah menulis satu kapsyen seperti dibawah:

“Kejadian di bukit bintang pukul 11:30 PM, tapi terima kasih sis, sebab orang macam sis la kereta2 semua terjaga”

Baca lagi: Hadiahkan Kereta Buat Staff Paling Lama Bekerja, Reaksi Lelaki Ini Buat Ramai Yang Sebak

Baca lagi: Nak Gadai Gelang Emas Untuk Beli Laptop Anak, Tak Sangka Ini Reaksi Pemilik Kedai

Lihat klip durasi pendek reaksi wanita ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Akmal eman: aku pernah jgk kene tegur sebijik mcm ni ngn org.. ending aku masuk kete, kelam kabut dia jalan laju sebb malu

@coklat: akak pegang kunci sya pn takut kete sy calar hahhaha

@Pidot: Hahaha malu gila org tu tnjuk muka weh nak tngk org tu

@I’M GONNA BE A STAR: kak nk tanya yg permpuan tu temgok x waktu akak masuk kereta. HAHAHA mesti lawak tengok reaction dia

@Alexa_Lexa: mesti ternganga org yg tegur tu tngk sis masuk kereta kan…

@Hiro: Bagus sis yang tegur tu. Semoga semua kereta2 lain terjaga

@syabab : mcm aku lak..tgh sandar mtr..ada brada tgur..jgn sandar motor ni bang..takut runtuh,mcm x ckup sifat dh tu..hm..nsib baik dia xtau aku owner..

@ememememo: dia ingat awak budak kut. muka awak muda, dia tak expect awak punya kereta

@pelombamalam: yg tegur tu….kira ok la ada kesedaran sivik…kdg2 kita lupa harta org lain buat mcm keta sdiri, btw sy pun mesti ambik gambo klu jmpe keta idaman.

@joyahhhh: sy pon pernah kena mcm ni , tngh syok bgmbar tiber dtg mngaku tu kete die , last kali aku naik lalu depan dia buka tingkap

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram