Home Video Wanita Bengang Jiran Selalu Parking Depan Rumah, Lihat Apa Tindakan Beliau

Wanita Bengang Jiran Selalu Parking Depan Rumah, Lihat Apa Tindakan Beliau

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok firdausrazak2437, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita yang telah memberi bunyi hon untuk beliau keluar dari rumah kerana terdapat sebuah kereta milik jirannya telah meletakkan kenderaannya di hadapan rumah wanita ini. Beliau mengatakan sudah memberi pesanan kepada jirannya untuk tidak meletakkan kenderaan mereka di hadapan rumah, tetapi masih diabaikan.

Screenshot 2023 09 12 205141
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini boleh dibuat aduan kepada pihak berkuasa ataupun majlis untuk ambil tindakan selepas beberapa kali memberi pesanan kepada jirannya. Ada juga yang mengatakan isu ini sering berlaku kepada pemilik rumah apabila berjiran dengan seseorang yang tidak bertanggungjawab.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 96.3K penonton, 883 sukaan dan 319 komen.

Baca lagi: Tersalah Masuk Lorong Parking, Situasi Ini Buat Ramai Yang Terhibur

Baca lagi: Hampir Terbabas Kerana Salah Jalan, Tindakan Pemandu Ini Yang Bawa Laju Raih Perhatian

Lihat klip durasi pendek tindakan wanita ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Alhamdulillah: blh mgadu pihak berkuasa atau majlis..maklumkan utk trak penunda.

@rena76: jiran saya plk jenis bakar colok sampai penuh asap mcm br lps forging. abis kain baju bau asap. bg warning dia ubah plk bakar dr tingkap atas

@SN: Ya allah sabarnyaa akak tekan hon .Kalau saya tu mauu bergegar bumbung rumah tekann hon

@TengkuAteh92: sabar nya awak sis..kalau Sy,mmg kena pagar kete tu,tambah dgn hon panjang

@ZARA ZULKIFLI: sama jiran sy last tu sy letak meja xnak bagi parking kalu x kita nk kluar pun susah

@Aida Dean: pernah kena gak dulu. park je balik depan rumah dia… gerenti dia tak wat lagi.

@Nor Ariff: rumah sewa ak dlu siap jemur sari sepanjang gate smpai pgr dawai. jemur cili kering ats tembok gate ak. mnx mcm² igt ak buka kdai runcit gape.

@Azwell: kalau ada Bluetooth speaker yang besar….pasang depan Pagar …nahhh panggil mcm dalam shopping mall tu

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram