Home News Usia Sebenar 10 Orang Pelakon Doona! Masing-Masing Tidak Jauh Beza Umur

Usia Sebenar 10 Orang Pelakon Doona! Masing-Masing Tidak Jauh Beza Umur

0

Walau baru sahaja ditayangkan pada 20 Oktober 2023 lalu, tetapi drama Netflix Doona! telah menarik perhatian ramai penonton.

Bahkan siri Doona! yang dibintangi oleh Suzy dan Yang Se Jong ini telah berjaya menduduki “Top 10 TV Shows” Netflix di beberapa buah negara. Dengan kejayaan drama yang menceritakan tentang bekas bintang idol KPop ini, pasti penonton juga mula tertanya-tanya tentang umur sebenar para pelakon Kdrama ini.

Bagi anda yang ingin tahu, berikut adalah umur sebenar pelakon drama Korea Doona! yang memang mencuri perhatian. Jom sama-sama kita lihat!

 

40e38d1f e879 4e1e b565 fa3e926259ac
1. Walau dalam drama ini wataknya diceritakan lebih tua dari Yang Se Jong, Bae Suzy sebenarnya setahun lebih muda dari pelakon tersebut, iaitu 29 tahun

 

c2b65d05 23fd 4efb b130 d0dfc4796d2e
2. Sementara itu dalam drama diceritakan masih berusia 21 tahun, Yang Se Jong tahun ini akan menginjak ke usia 31 tahun. Tetap awet muda, ya!

 

40e407d6 f14d 4476 aeec 39a36515a243
3. Sementara Ahn Ha Young yang merupakan cinta pertama Yang Se Jong waktu masih di sekolah baru sahaja menginjak usia 30 tahun pada bulan Ogos lalu

 

d1df4c2f 3ac4 43a4 bd80 6b21e2f71b26
4. Diceritakan sebaya dengan Yang Se Jong, Park Se Wan sebenarnya sama umur dengan Suzy, iaitu 29 tahun

 

9356e902 c9ca 47ef 8a66 e40b2d84941b
5. Kim Min Ho yang digambarkan sebagai rakan sekuliah Yang Se Jong sebenarnya sudah menginjak usia 33 tahun pada awal 2023 lalu

 

5e956e96 0619 4c18 9fc9 d85b08cf77c3
6. Manakala Kim Do Wan yang membawa watak sebagai Koo Jung Hoon tahun ini rupa-rupanya telah berusia 28 tahun. Pelakon ini dilahirkan pada tahun 1995

 

e5e0598a 68af 4b8e a976 b78454b3b5f4
7. Joo Yeon Woo membawa watak sebagai Kook Su Jin, sahabat Yang Se Jong di kampung halamannya kini telah berusia 31 tahun

 

58a03538 2bf2 4373 a6bb 4588df9f8d8c
8. Membawa watak sebagai Pengarah Park, Lee Jin Wook asalnya memang lebih tua dari Suzy serta para pelakon yang lain, usianya sudah mencecah 42 tahun

 

Doona
9. Lee Chan Hyeong yang membawa watak sebagai Ji Se Hun, teman sekuliah Ahn Ha Young ternyata baru berusia 26 tahun. Pelakon ini dilahirkan pada tahun 1997

 

Doona!

10. Pada bulan Ogos lalu, Go Ah Sung yang merupakan rakan sekumpulan Suzy dalam Dream Sweet baru berusia 31 tahun

Nampaknya wajah dah penampilan para pelakon drama Korea Doona! kelihatan lebih muda dari usia sebenar? Ternyata umur para pelakon juga tidak jauh berbeza!

Baca lagi: 5 Fakta Kdrama Korea Doona, Siri Paling Ditunggu Bulan Oktober Ini
Baca juga: 8 Artis KPop Ini Pernah Bawa Watak Bintang Idol dalam Kdrama, Terbaru Bae Suzy