Home Video “Untung Siapa Dapat ‘Signature’ Mahal Ni” -Tak Sangka Peniaga Keropok Lekor Ini...

“Untung Siapa Dapat ‘Signature’ Mahal Ni” -Tak Sangka Peniaga Keropok Lekor Ini Rupanya Bekas Kartunis Terkenal

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini telah disiarkan oleh akaun Tiktok nordianaabuhassan, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan peniaga keropok lekor sedang melukis pada beg kertas yang disediakan kepada pelanggan yang akan membeli keropok lekornya. Dikatakan oleh pemilik video klip ini, bahawa peniaga ini merupakan bekas pelukis kartunis dari ‘Anak-Anak Sidek’ dan ‘Usop Sontorian’. Namun lukisan yang dibuat oleh peniaga itu juga menarik perhatian ramai dan mengimbau kenangan animasi atau kartun pada zaman 90-an.

Screenshot 2023 09 22 102744
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan lukisan yang dilukis oleh peniaga tersebut sememangnya ‘limited’ dan berharga pada zaman kini. Ada juga yang berasa rindu dengan kartun-kartun seperti itu dan mengimbau kenangan pada zaman kanak-kanak mereka.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 166.4K penonton, 7160 sukaan dan 109 komen.

Baca lagi: “Hang Cakap Tak Elok Muka Hang Jahanam”-Peniaga Wanita Mengamuk Selepas Ditegur Pelanggan

Baca lagi: Bersedekah Tanpa Menunjuk Jumlah, Situasi Pakcik Ini Mengira Duit Buat Ramai Yang Simpati

Lihat klip durasi pendek reaksi peniaga ini melukis:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@diasukamakan8: letak beg kuningg pleaseee, tak kesah lah lukis atas paper bag ke nape ke..kite jauhhh nok gi..tapi minat katun ni

@zul9_M.S: knp aku conteng2 hasil dia xsama mcm bro ni eak..senang je dia buat

@Dionz Goh: Dia bukan bekas, dia masih kartunis. Cuma dia tak kerja dengan company komik dah.

@Kek Lapis Anggun, shahira: kak tolong minta abang lukis karakter sy.. nak buat logo .. sy minat anak2 sidek tauuu… sanggup pinjam kawan punya sbb dulu susah xde duit nak beli

@Akasyah’: terima kasih sebab menghabiskan duit tabung saya waktu kecik beli komik anak2 sidek. dah boleh tidur lena dah tahu sape pelukisnya

@Cinderella_putus_selipar: ni klu sy beli minta masuk dalam plastik. paperbag tu saya simpan, sayang woii klu x berminyaknanti

@bulakk96: rndu nya anak2 sidek.. kan best kalau ada kt tv skrg.. bleh bg anak2 tngok pulak..

@Sukasukido: Klu dh berseni tu, atas paper tu pon jd. Ak ni ade pembaris pmadam pon mata ke lain hidung ke lain

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram