Drama Korea bertema pejabat kembali mencuri perhatian, kali ini dengan konsep yang agak “luar kotak”. Undercover Miss Hong tampil sebagai hiburan ringan yang menggabungkan komedi, penyamaran dan isu korporat, dengan Park Shin-hye sebagai tarikan utama.
Bukan sekadar drama office biasa, cerita ini membawa penonton melihat bagaimana seorang wanita elit berusia 35 tahun terpaksa kembali menjadi pekerja paling junior demi satu misi rahsia.
Dari “Penyihir Yeouido” ke Budak Office Paling Junior

Dalam Undercover Miss Hong, Park Shin-hye membawakan watak Hong Geum-bo, seorang pengawas sekuriti kewangan yang terkenal dengan reputasi tegas dan menakutkan. Di dunia profesional, dia digelar “Penyihir Yeouido” kerana kebolehannya membongkar penyelewengan kewangan tanpa kompromi.
Namun segalanya berubah apabila satu kes besar melibatkan dana gelap syarikat sekuriti memaksanya menyusup masuk ke dalam organisasi itu sendiri. Caranya? Menyamar sebagai graduan baru berumur 20 tahun.
Bayangkan seorang wanita matang yang biasa memberi arahan, kini perlu:
• Berpura-pura keliru di hari pertama kerja
• Belajar bercakap dan bertindak seperti Gen-Z
• Menahan ego apabila dimarahi senior pejabat
Hasilnya? Banyak momen lucu yang terasa “relatable” bagi sesiapa yang pernah jadi pekerja paling junior dalam office.
Review Drama “No Tail To Tell” Episod 2 – Rating Menurun Tapi Makin Menarik
Ulasan Drama Korea Idol I: Bila Peguam Terpaksa Bela Idola K-pop Sendiri
Komedi Ringan, Tapi Isu Berat

Walaupun nada ceritanya santai, drama ini tidak kosong. Ia menyentuh:
• Penyelewengan kewangan korporat
• Permainan kuasa dalam syarikat besar
• Tekanan budaya kerja pejabat Korea
Gabungan ini menjadikan Undercover Miss Hong mudah ditonton, tetapi masih ada “isi” untuk difikirkan.
Tidak hairanlah 2 episod awal berjaya mencatat rating permulaan yang memberangsangkan, satu petanda bahawa penonton Korea juga menyukai konsep ini.
Kenapa Drama Ini Sesuai Untuk Tontonan Santai?

⁃ Jalan cerita mudah diikuti
⁃ Watak utama kuat dan berkarisma
⁃ Komedi pejabat yang dekat dengan realiti
⁃ Unsur misteri cukup untuk buat penonton teruskan menonton
Ia bukan drama berat yang memerlukan fokus penuh, tetapi cukup menarik untuk jadi tontonan malam selepas penat bekerja.
Patut Tonton Atau Skip?

Jika anda:
• Peminat Park Shin-hye
• Suka drama bertema pejabat
• Mahukan hiburan ringan dengan elemen misteri
Undercover Miss Hong HARUS masuk dalam senarai tontonan.
Drama ini membuktikan bahawa cerita penyamaran tidak semestinya klise, asalkan dibalut dengan skrip kemas dan lakonan yang meyakinkan.








