Home Kdrama/Kmovie Umur Sebenar 10 Orang Pelakon Tell Me That You Love Me, Pasangan...

Umur Sebenar 10 Orang Pelakon Tell Me That You Love Me, Pasangan Utama Beza Usia 13 Tahun

0

Tell Me That You Love Me telah ditayangkan secara perdana pada 27 November 2023.

Tell Me That You Love Me adalah Kdrama siri romantik yang merupakan remake dari drama Jepun iaitu Aisgiteiru to Ittekure (1995) ini dibintangi oleh Jung Woo Sung dan Shin Hyun Bin.

Tell Me That You Love Me mengisahkan tentang lelaki yang mempunyai masalah pendengaran dan seorang wanita yang masing-masing saling jatuh cinta. Menampilkan jalan cerita yang ringan dan memang sesuai untuk ditambahkan ke dalam senarai tontonan anda. Menariknya usia watak utama dalam Kdrama ini mempunyai jurang perbezaan yang sangat besar.

Jom sama-sama kita lihat perbezaan umur untuk setiap pelakon dalam Tell Me That You Love Me berikut ini!

 

7b2d428a 6a88 47d6 8e06 54f2f18ce4681. Jung Woo Sung membawa watak sebagai Cha Jin Woo, seorang pelukis yang cacat pendengaran. Genap berusia 50 tahun, pelakon ini lahir pada 22 April 1973

 

d80f07dc 37a3 49e9 9a25 89690341a4db2. Shin Hyun Bin membawa watak sebagai Jung Mo Eun, bekas pramugari yang kini bergelar pelakon popular ini lahir pada 10 April 1986, dia kini berusia 37 tahun

 

f20bad1e b594 4f10 aa39 aa22b287d7983. Berusia 41 tahun, Kim Ji Hyun lahir pada 2 Januari 1982. Dia membawa watak sebagai Song Seo Kyung, kawan sama belajar dan juga merupakan bekas kekasih Jung Woo Sung

 

3e624011 e66f 47cb af8a 0f794841c2794. Dilahirkan pada 23 Mei 1990, Lee Jae Kyun berusia 33 tahun. Dia membawa watak sebagai Yoon Jo Han, sahabat Shin Hyun Bin

 

c01e39e9 0d28 4f01 8433 02de5014cf505. Shin Jae Hwi sebagai Jung Mo Dam, adik kepada Shin Hyun Bin. Dia dilahirkan pada 17 Februari 1994 dan kini berusia 29 tahun

 

8ee80591 a011 4478 82da 91e27e9487276. Park Jin Joo merupakan sahabat Shin Hyun Bin yang bernama Oh Ji Yu. Pelakon ini bakal berusia 25 tahun pada 24 Disember akan datang

 

b2027b2c e665 4002 b363 7da10cb9d7217. Hoe Joon Seok membawa watak sebagai sahabat Jung Woo Sung yang bernama Hong Ki Hyun. Dilahirkan pada 11 Jun 1982, kini dia sudah berusia 41 tahun

 

1c45e315 8f57 43a6 b5ab fd48636c794a8. Berusia 43 tahun, Park Ki Duk membawa watak sebagai Kwon Do Hun, pelukis terkenal dan kawan satu kampus Jung Woo Sung

 

Tell me that you love me

9. Kim Mi Kyung sebagai Na Ae Sook, ibu kepada Shin Hyun Bin. Dia genap berusia 60 tahun pada 14 Oktober yang lalu

 

Kdrama
10. Jung Ji Pyeong adalah ayah kepada Shin Hyun Bin yang dilakonkan oleh Kang Shin Il. Dia baru sahaja menginjak usia ke-64 pada 26 November lalu

Jung Woo Sung dan Shin Hyun Bin nampaknya mempunyai beza usia yang sangat jauh iaitu berbza 13 tahun. Jung Woo Sung genap berusia 50 tahun, manakala usia Shin Hyun Bin adalah 37 tahun. Walaupun begitu, keserasian kedua-dua pelakon ini sangat menjadi dan berkesan hingga mampu membuai hati para penonton.

Sudahkah anda mula menonton kdrama siri “Tell Me That You Love Me” ini?

Baca lagi: 8 Antagonis Yang Paling Dibenci dalam Kdrama tvN 2023, Bikin Penonton Naik Darah
Baca juga: 10 Anak Gadis Kaya Raya dalam Kdrama 2023 yang Tidak Gilakan Harta dan Kuasa