Home Video Tolong Pakcik Tolakkan Motor Hingga Ke Seberang Jalan, Tindakan Polis Trafik Ini...

Tolong Pakcik Tolakkan Motor Hingga Ke Seberang Jalan, Tindakan Polis Trafik Ini Tarik Perhatian Ramai

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok ezzaiskandar0, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang pakcik telah dibantu oleh anggota polis trafik kerana motosikalnya tidak dapat dihidupkan. Dikatakan oleh pemilik video klip ini, bahawa anggota polis itu sedang menjaga laluan lalu lintas serta terlihat pakcik ini seperti memerlukan bantuan dan beliau turut memberi pertolongan dengan menolak motosikal ke tepi jalan untuk periksa.

Screenshot 2023 10 05 153252
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan tindakan anggota polis trafik ini sememangnya patut dicontohi dan mengucapkan terima kasih kerana membantu pakcik ini. Ada juga yang mendoakan semoga anggota polis trafik dan pakcik ini dipermudahkan segala urusan serta dimurahkan rezeki.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 76.4K penonton, 3543 sukaan dan 230 komen.

Baca lagi: Selalu Dtg Ke Kedai Makan Dgn Berbasikal, Keadaan Pakcik Ini Buat Ramai Yang Sebak Dan Mahu Menolong

Baca lagi: Kerajaan Indonesia Larang Jual Beli Di Tiktok,Tak Sangka Ini Puncanya

Lihat klip durasi pendek tindakan polis trafik ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumedia

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Ezza Iskandar: Dia tolong tolakkan motor pakcik ni dari seberang jalan..tp Kza x sempat nk rekod..

@lemon: yang membezakan kita bukan lah baju tapi adab

@Maklang Maklang147: Syukur Alhamdulilah terima kasih Abang Polis Traffic tolong Pakcik tu start motonye..semoga Allah mempermudahkan segala urusan Abang Polis Traffic.

@user90009886190117: terima kasih abng polis ni dan semua angota keselamatan yang sudi bertugas menjaga keamanan semua .

@.: Suka tgk org baik, smg Allah lindungi dan beri kesihatan y baik pada abg polis dan keluarganya.

@shukryhamid: Terbaik abg trafik… Semoga dipermudahkan segala urusan

@man: polis manusia juga ada perasaan kesian sesama manusia

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram