Home Video “Tingginya, Dah Lah Tak Ada Safety”-Wanita Cemas Anak Hampir Terjatuh Dalam Playground

“Tingginya, Dah Lah Tak Ada Safety”-Wanita Cemas Anak Hampir Terjatuh Dalam Playground

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok friderrica.juil, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita menyiarkan satu klip durasi pendek mengenai anaknya yang hampir jatuh ketika sedang bermain di sebuah taman permainan tertutup. Dikatakan beliau mengikuti ke mana sahaja anaknya pergi kerana bimbang jika terjadi perkara yang tidak diingini. Namun keadaan taman permaianan tertutup itu pula menarik perhatian para penonton di mana terlihat seperti tiada jaring di bawah ketika wanita ini cuba menarik anaknya yang hampir jatuh ke bawah.

Video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Screenshot 2023 11 10 133005
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan taman permaianan tertutup ini perlu menyediakan peralatan ataupun jaring keselamatan jika kanak-kanak terjatuh dari tempat itu dan ianya sangat berbahaya jika ibu bapa tidak memerhatikan anak masing-masing. Ada juga yang mengatakan tempat di mana anaknya ini hampir terjatuh sememangnya tinggi. Netizen juga meminta ibu bapa untuk mengawasi anak-anak apabila membawa mereka ke taman permainan serta membuat aduan jika tempat berkenan tidak mempunyai keselamatan untuk kanak-kanak bermain.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 107.8K penonton, 2718 sukaan dan 248 komen.

Baca lagi: Buat Aduan Lepas Perasan Badan Anak Penuh Kesan Gigitan, Tak Sangka Betul Ini Tindakan Pihak Tadika

Baca lagi: “Tak Lepas Dia Genggam Tangan Member”-Reaksi Lelaki Ini Naik ‘Slingshot’ Buat Ramai Berdekah

Lihat klip durasi pendek reaksi wanita ini selepas lihat anaknya hampir terjatuh:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@M.W.H: dear mommy, good job reflex ko laju. tp tlg mention nma playground dia so that more parents will be alert

@audrey: Bagus ni ada bukti rekod kasi viral saja supaya tu staff sana buat pemantauan keadaan tu playground…. Bahaya oo klu terjatuh tu bkn alang2 tinggi tu

@Sofeaaaaa_: Biasa kalau jaring mcmni ada net kt bawah, takpon bahagian bawah tu tk tinggi sgt. Ishh bahayalaaa

@amalinaaroslan: sepatutnya kena double net kan for security purpose..

@el_g: astaga tinggi jg o kalau jatuh. tiada safety la ni playground.

@Cik Phai: X sure ni playground mana tpi haritu d beeland mmng ada simpan Notice naik benda ni kena 6 or 7years ke atas, klau majal mau kasi masuk anak juga

@Hosiani keewon: trus tepanas badan sy tekejut , bahaya kan mami kanegi abigail

@Sweet Aamily : Kus semangat sa o adui mau turun jantung tgk napa juga ada mainan gini di playground aduibaaaa

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram