Home News The Worst of Evil: Nasib Akhir 11 Watak

The Worst of Evil: Nasib Akhir 11 Watak

0

The Worst of Evil baru sahaja melahihkan tirai dan menamatkan kisahnya dalam 12 episod pada Rabu, 25 Oktober 2023.

Drama siri The Worst Of Evil  mendapat banyak perhatian dengan kisah cinta tiga segi di tengah-tengah konflik penyiasatan sindiket dadah. Bukan hanya menampilkan kisah cinta, penonton juga tetap merasai suasana tegang dengan aksi pertarungan yang ditunjukkan dalam perebutan kuasa.

Ketegangan tersebut membuatkan para penonton terus tertanya-tanya tentang nasib akhir setiap watak. Adakah Park Jun Mo (Ji Chang Wook) berjaya dalam misi penyiasatan sindiket dadah? Semak selengkapnya di bawah ini!

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler.

 

c8e5c06f ac5f 4044 8684 c8cdc73f89b5
1. Berjaya menyelesaikan misi, Park Jun Mo (Ji Chang-wook) akhirnya dinaikkan pangkat jabatan seperti yang dijanjikan sejak awal lagi. Walau begitu, dia tidak mendapat kebahagiaan

 

694acb35 e1f7 4e29 9f5e 73420c6342a2
2. Jung Gi Cheul (Wi Ha Joon) sebenarnya berniat untuk bunuh diri sewaktu mengetahui tentang segala-galanya. Namun, dia terlebih dulu ditembak oleh Park Jun Mo hingga meninggal dunia

 

f652e061 4a88 4633 9576 9470ec3ae473
3. Walau berjaya dalam misinya hingga naik pangkat, hubungan Yu Eui Jeong (Im Se Mi) dengan Park Jun Mo masih menjadi tanda tanya

 

727ff9cf 7da3 4904 8ceb e12f7a489e42 1
4. Selepas menikam seorang detektif demi melindungi Park Jun Mo, Lee Hae Ryeon (Bibi) melarikan diri dengan bantuan dan perlindungan pembantuny

753a242e b11e 4cdb b0b5 9bd1b2fe5af6
5. Pada awal episod 12, Seok Do Hyung (Ji Seung Hyun) mati ditembak sewaktu diperangkap oleh salah seorang orang bawahan Jung Gi Cheul

 

efebd142 7f3d 47cb bf82 2ce8de7f4c8f
6. Walau tidak mempedulikan keadaan mental orang bawahannya, Cho Chang Sik (Lee Jeong Hun) berjaya menangkap para penjenayah dengan operasi gabungan

 

 

889c8a22 d4ef 4954 8c09 8b916481617c
7. Seeaktu berusaha untuk bekerja sama dengan Lee Hae Ryun, Hwang Min Goo (Yoon Kyung Ho) telah diserang dan dia ditikam

 

72b32c54 4c4a 40df b3be a535027a4ba0
8. Choi Jung Bae (Im Sung Jae) datang lagi untuk mengkhianati Jung Gi Cheul. Namun sewaktu cuba mengedar dadah, dua ditangkap

 

3ba324fa 8abe 401f 9f8d 15416191d392

9. Sama juga dengan Hong Hee Sung (Cha Rae Hyoung) yang juga mengkhianati Jung Gi Cheul. Dia juga berakhir ditangkap oleh pihak polis

 

1a68ff17 7582 4d96 a40b 8bb951c002d5
10. Sementara itu, Seo Jong Ryul (Lee Shin Ki) terlebih dahulu telah ditangkap atas kes serangan terhadap Seok Do Hyung yang mengakibatkan kematian

 

Worst of evil
11. Pada waktu yang sama, Bae Yong Dae (Bae Myung Jin) juga turut ditangkap kerana membantu Seo Jong Ryul walau dia tidak terlibat langsung

Kisah penyiasatan dan kisah cinta membuatkan hubungan antar watak dalam kdrama The Worst of Evil menjadi sangat rumit. Kejayaan penangkapan sindiket dadah tidak membuatkan para detektif merasa bahagia kerana ada pengorbanan di sebalik kejayaan tersebut. Adakah anda berpuas hati dengan episod akhir Kdrama ini?

Baca lagi: 5 Bukti Cinta Itu Buta dalam The Worst of Evil, Penuh Rintangan
Baca juga: Preview Episod 8-9 “The Worst of Evil”, Ji Chang Wook Dicium BIBI