Home Kdrama/Kmovie The Auditors Membawa Genre Thriller Misteri, Bahas Isu Jenayah dan Rasuah

The Auditors Membawa Genre Thriller Misteri, Bahas Isu Jenayah dan Rasuah

0

Membawa genre thriller misteri yang diselit dengan komedi, drama Korea The Auditors dibintangi oleh pelakon senior seperti Shin Ha Kyun dan Jin Goo, serta pelakon muda berbakat Lee Jung Ha dan Jo Ah Ram.

The Auditors memfokuskan tentang pasukan audit di JU Construction dengan diketuai oleh seorang ketua yang dingin dan tegas. Mereka berhadapan dengan kes rasuah yang berleluasa di syarikat JU Construction.

Mari sama-sama kita lihat beberapa perkara menarik tentang drama Korea terbaru The Auditors yang korang boleh tengok di Viu.

 

1. Sinopsis drama The Auditors

The auditors

Drama The Auditors memfokuskan tentang penyiasatan yang dilakukan di pejabat. Shin Cha Il (Shin Ha Kyun) bekerja sebagai ketua pasukan audit di JU Construction yang terkenal dengan rasuahnya. Dia memiliki sikap yang dingin dan tidak mudah percaya pada orang lain. Tetapi, bila sebut sahaja tentang pekerjaan, dia sangat serius hingga sangat terkenal sebagai seorang ketua yang membuat penilaian yang tajam dan tegas.

Pasukan audit juga dimeriahkan dengan kehadiran pekerja baru yang bernama Gu Han Soo (Lee Jung Ha). Gu Han Soo pada awalnya memohon untuk menyertai pasukan audit sebagai batu loncatan agar dipindahkan ke cawangan JU Construction di Florida.

Namun, rancangannya tidak berjalan dengan mudah kerana Shin Cha Il. Berbeza dengan majikannya, Gu Han Soo adalah orang yang baik dan ramah tamah. Walaupun hampir dikeluarkan, bakatnya makin berkembang selepas bekerja dengan Shin Cha Il.

Ada juga Hwang Dae Woong (Jin Goo) iaitu wakil presiden JU Construction yang juga merupakan anak ketiga kepada pengasas syarikat. Dia memasang impian untuk menjadi presiden syarikat dengan mengalahkan kedua-dua abangnya.

Selain itu, ada juga pekerja baru dalam pasukan audit JU Construction yang bernama Yoon Seo Jin (Jo A Ram). Dia adalah seorang individu yang mempunyai impian untuk berjaya. Dia memiliki sifat yang sangat berlawanan dengan Goo Han Soo. Namun Seo Jin telah mengenali Wakil Presiden Hwang Dae Woong sejak dia masih kecil. Sayangnya, mereka berpura-pura tidak mengenali antara satu sama lain di tempat kerja.

2. Barisan pelakon The Auditors

IMG 2083

Drama The Auditors diarahkan oleh Kwon Young Il yang juga merupakan pengarah untuk drama Wedding Impossible (2024), Doom at Your Service (2021), dan My Unfamiliar (2020). Sementara itu, skrip untuk drama ini ditulis oleh Choi Min Ho.

Berikut ini adalah senarai pelakon yang membintangi drama The Auditors:

● Shin Ha Kyung sebagai Shin Cha Il
● Lee Jung Ha sebagai Koo Han Soo
● Jin Goo sebagai Hwang Dae Woong
● Jo A Ram sebagai Yoon Seo Jin

3. Tarikh tayangan The Auditors

IMG 2087

Drama The Auditors ini akan mengisi slot pada hari Sabtu dan Ahad menggantikan drama The Midnight Romance in Hagwon yang baharu sahaja tamat.

Baca juga: Drama Korea Connection Tamat Dengan Rating 2 Digit dan The Auditors Berada No 1 Di Slot Masanya

IMG 2088

Khas untuk anda yang suka dengan drama misteri dan yang rindukan lakonan Lee Jung Ha, pastikan untuk tidak ketinggalan menonton The Auditors di platform penstriman Viu ya!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Sudahkah Anda Tonton NAFSU? Drama Seram Thriller Misteri Terbaru dari Viu Original
Baca juga: Tonton 3 Filem Korea Ini di Viu, Dari Genre Thriller Misteri hingga Dark Comedy

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here