Home Entertainment Ternyata Mertua Dari Neraka Itu Wujud

Ternyata Mertua Dari Neraka Itu Wujud

0

Bayangkan bagaimana rasanya hidup bersama keluarga mertua yang selalu menyiksa  mental dan fizikal anda ? Bagaimana pula perasaan anda apabila orang tersayang  meninggal dunia kerana perbuatan khianat keluarga mertuanya?

Membayangkan sahaja sudah tak sanggup apatah lagi kalau kita nak menghadapinya.

Daebaking.co ternyata mertua dari neraka itu wujudDevil-in-Law merupakan drama bersiri Thailand terbaru  yang dibawakan oleh Viu Malaysia kepada anda.

Drama ini diadaptasikan daripada sebuah novel dan  membawakan tema dendam di antara keluarga mertua dan menantu sehingga membuatkan penonton tidak senang duduk menantikan setiap episod untuk mengetahui apa yang terjadi.

Daebaking.co ternyata mertua dari neraka itu wujud 111111

Drama ini menampilkan barisan pelakon – pelakon popular Thailand seperti :

  • Noi Butsakorn Pornwanavej melakonkan watak sebagai Madam Nuan
  • Pon Nawasch Phupantachsee melakonkan watak sebagai Noppanai.
  • Nychaa Nuttanicha Dungwattanawanich melakonkan watak sebagai Pawinee.
  • Pear Pitchapa  melakonkan watak sebagai Nadedao.
  • Smith Paswitch Boorananut melakonkan watak sebagai Trai.
  • Pop Thakoon  melakonkan watak sebagai Thomtawee.

daebaking.co ternyata mertua dari neraka itu wujud

Devil-in-Law mengisahkan Noppanai/ Nai (Pon Nawasch Phupantachsee) yang berkahwin dengan Srikanda (Ice Athichanan ) atas dasar cinta meskipun keluarganya menentang perkahwinan mereka kerana perbezaaan status.

Ibu Nai, Madam Nuan (Noi Butsakorn Pornwanavej) merupakan seorang ahli perniagaan yang terkenal dan disanjungi ramai.

Nai yang sering bekerja di offshore menyebabkan dia jarang pulang ke rumah untuk menyedari situasi yang berlaku di rumah antara isteri dan ibunya.

daebaking.co ternyata mertua dari nereka itu wujud

Menyangkakan hubungan Srikanda dan ibunya semakin baik , Nai tidak menyedari bahawa ibunya sering melayani Srikanda dengan teruk sekali.

Sehingga suatu hari , Madam Nuan mengadakan parti di rumahnya dan telah menghukum Srikanda dengan mengurungnya di dalam stor rumah mereka hanya kerana kesalahan kecil . Malangnya telah berlaku kemalangan yang membawa kepada kematian Srikanda.

daebaking.co ternyata mertua dari neraka itu wujud 2

Nai yang bekerja di tengah laut ketika kejadian telah terkejut mendengar berita kematian isterinya dan segera pulang ke rumah mereka.

Walaupun sering mendengar cerita buruk tentang Madam Nuan yang selalu mendera Srikanda, Nai masih mempercayai emaknya dan yakin itu hanyalah sebuah salah faham.

Keluarga Srikanda telah menyerang Nai di upacara pengebumian kerana mereka menganggap Nai sanggup membiarkan emaknya membunuh isterinya sendiri.

daebaking.co ternyata mertua dari neraka itu wujud 1 1
Baca lagi: Nenek Bongkok Tiga, Baru Tengok Trailer Dah Tak Senang Duduk.

Pawinee (Nychaa Nuttanicha Dungwattanawanich) yang merupakan adik kepada Srikanda tidak dapat menerima kematian kakaknya yang disebabkan oleh ibu mertua dan adik ipar Srikanda yang dianggapnya dari neraka.

Sebelum Srikanda meninggal dunia, Pawinee telah berjanji untuk menjaga anak kakaknya Nick yang masih bayi. Jadi selepas upacara pengebumian Srikanda , Pawinee telah meminta izin untuk menjaga anak buahnya seperti yang dijanjikan.

daebaking.co ternyata mertua dari neraka itu wujud 5

Permintaan Pawinee telah ditolak oleh Nai kerana dia tidak sanggup untuk berpisah dengan anaknya apatah lagi setelah kematian Srikanda.

Pawinee telah memberikan cadangan agar dia dan Nai berkahwin demi kebaikan Nick. Ini kerana dia percaya Madam Nuan akan mencari jodoh yang baru untuk Nai dan dia juga mahu membuktikan kepada Nai bahawa emaknya tidak sebaik yang Nai fikirkan.

daebaking.co ternyata mertua dari neraka itu wujud 7

Nai bersetuju dengan cadangan Pawinee demi kebaikan anaknya. Walau sebenarnya Nai telah mengetahui niat sebenar Pawinee ingin berkahwin dengannya adalah untuk membalas dendam kepada Madam Nuan. Namun Nai yakin ibunya bukanlah seteruk yang disangkakan oleh semua pihak.

Pawinee dan Nai terus mendaftarkan perkahwinan mereka tanpa memaklumkan kepada Madam Nuan dahulu.

daebaking.co ternyata mertua dari neraka itu wujud 8
Pawinee juga telah berjanji kepada ayahnya untuk tidak akan pernah jatuh cinta kepada Nai dan akan membalas perbuatan Madam Nuan kepada kakaknya.

Menerima berita yang mereka telah berkahwin mengejutkan Madam Nuan yang sudah lama menyimpan hasrat untuk menjodohkan anaknya dengan Lalita, wanita pilihan hatinya. Lagilah dia membenci Pawinee dan mula melayannya seperti Srikanda.

Baca lagi: Bila Bos Baru Rupanya Ex Boyfriend. Drama terbaru Mantan Tapi Menikah

daebaking.co mertua dari neraka itu wujudBerbeza sekali dengan watak kakaknya Srikanda yang lemah lembut dan menerima sahaja perbuatan Madam Nuan, Pawinee adalah seorang yang berani dan kuat melawan.

Tekadnya untuk membuatkan Madam Nuan menyesal akan kematian kakaknya membuatkan kita berpuas hati terutama di babak dia mengenakan Madam Nuan dengan pelbagai cara.

daebaking.co ternyata mertua dari neraka itu wujud 3

Barulah buku bertemu ruas. Suka sangat dengan watak Pawinee yang berani melawan Madam Nuan dan tidak hanya menunggu sahaja keadilan datang.

Sedikit geram juga dengan watak Nai yang terpaling anak emak dan terlalu percaya kepada emaknya. Tidak hairan Phawinee selalu menganggap Nai seorang yang pengecut pada awalnya.

Namun semakin lama Nai mula meyedari sisi buruk Madam Nuan yang cuba ditunjukkan Pawinee. Tapi masalah juga, sebab Pawinee dapat merasakan yang dia mula menyukai Nai walau dia tidak mahu mengakuinya.

daebaking.co ternyata mertua dari neraka itu wujud 3

Korang rasa berjaya tak akhirnya Phawinee membalas dendam kepada mertua dari nerakanya?

Apa lagi jom lah kita layan drama Devil-in-Law di Viu Malaysia. Korang boleh juga download aplikasi Viu Malaysia di telefon korang.

Lagi best kalau korang semua langgan Viu Premium baru lah best dapat layan setiap episod terbaru Devil-in-Law awal dari yang lain.