Home Entertainment Terlebih Bahagia, Lelaki Ini Tinggal Bersama 8 Isteri Buat Ramai Cemburu

Terlebih Bahagia, Lelaki Ini Tinggal Bersama 8 Isteri Buat Ramai Cemburu

0

Heboh di laman sosial apabila influencer terkenal, Abg Tesla mengumumkan yang dia telah berkahwin dua. Namun tahukah anda di Thailand ada seorang Lelaki Thai aman sentosa bersama lapan isteri?

Seorang artis seni tatu di Thailand, Ong Dam Sorot menarik perhatian ramai setelah mendedahkan dia tinggal bersama lapan isteri mudanya yang sangat mesra antara satu sama lain di dalam sebuah rumah.

kawennnnn

Menerusi rancangan yang sehingga kini mencecah tiga juta tontonan di Youtube itu, Sorot memperkenalkan setiap seorang isterinya dan bercakap mengenai cara mereka bertemu.

Baca lagi: Bangla Sanggup Guna Minyak Dagu Sebab Nak Mengurat Isteri Orang, Sekali Ini Tindakan Si Suami

Baca lagi: Warga Emas Menang Duit Sebanyak RM42 Juta, Rupanya Ini Yang Dilakukan Oleh Beliau

Lelaki itu bertemu isteri pertamanya, Nong Sprite di majlis perkahwinan rakannya lalu dengan cepat meminta untuk dikahwinkan. Isteri kedua, Nong L bertemu dengannya di pasar, manakala isteri ketiga Nong Nan pula di hospital.

kawen8

Sorot bertemu dengan isteri keempat, kelima dan keenamnya menerusi media sosial iaitu masing-masing di Instagram, Facebook dan TikTok. Isteri ketujuh, Nong Film pula ditemui semasa melawat kuil Phra Pathom Chedi bersama ibunya dan isteri kelapan, Nong Mai bertemu dengannya ketika dia bercuti di Pattaya bersama empat isterinya.

Kesemua isterinya dikatakan tidak mempunyai masalah untuk menunggu suami mereka bergilir tidur di dalam empat bilik tidur tersebut. Mereka juga menyifatkan suami mereka sebagai lelaki paling baik dan paling bertimbang rasa di dunia. Isteri-isterinya juga mengaku bergaul dengan baik sesama mereka.

PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.