Home Movie Barat Takdir Berdarah Kembali, Final Destination: Bloodlines Bakal Dedah Warisan Maut Tanpa Sensor

Takdir Berdarah Kembali, Final Destination: Bloodlines Bakal Dedah Warisan Maut Tanpa Sensor

0

Plot: Mimpi Ngeri dan Warisan Kematian

Kisah Final Destination: Bloodlines berpusat pada seorang pelajar universiti yang dihantui mimpi berulang berisi ramalan tentang kematian ahli keluarganya. Ketakutan itu membawa dia pulang ke rumah, di mana dia mula menyiasat dan mencari jalan untuk menghentikan mimpi buruk yang seolah-olah menjadi kenyataan.

Pencariannya mempertemukannya dengan neneknya, seorang wanita yang pernah menyelamatkan ramai orang beberapa dekad lalu. Namun, tindakan itu telah mengganggu “kematian” dan kini, seluruh garis keturunannya diburu oleh takdir yang tidak sepatutnya wujud.

Penayangan Awal di Malaysia Tanpa Sensor

IMG 3634 1

Filem Final Destination: Bloodlines bakal menemui penonton pawagam di Malaysia lebih awal berbanding tayangan global, bermula 14 Mei 2025.

Warner Bros. Pictures selaku penerbit dan pengedar mengesahkan bahawa filem keenam francais seram ini akan ditayangkan sepenuhnya tanpa sebarang pemotongan babak.

Aksi Lebih Gila dan Ngeri daripada Sebelumnya

IMG 3636

Filem ini menjanjikan babak-babak baru yang akan mencetuskan trauma kepada penonton, seperti yang telah dilakukan oleh adegan tanning bed, roller coaster, kemalangan pesawat dan trak balak dalam siri sebelumnya.

Antara babak baru yang diperkenalkan termasuk minuman penuh serpihan kaca dan mesin pemotong rumput yang ‘hidup’ di halaman rumah.

Pengarah Zach Lipovsky juga berkongsi mengenai babak paling ekstrem dalam francais setakat ini,

“Kami membakar ramai orang, termasuk memecahkan rekod dunia untuk orang tertua yang dibakar secara langsung di hadapan kamera, Yvette Ferguson.”

Pelakon Brec Bassinger turut menyaksikan babak itu secara langsung dan menyifatkannya sebagai “indah dan menggagumkan”.

Barisan Pelakon Baharu dan Penampilan Terakhir Tony Todd

IMG 3639

Filem ini menampilkan pelakon-pelakon baharu seperti Kaitlyn Santa Juana, Teo Briones, Richard Harmon, Owen Patrick Joyner, Rya Kihlstedt, Anna Lore, dan Brec Bassinger.

Mendiang Tony Todd kembali buat kali terakhir sebagai William Bludworth, watak ikonik dalam siri ini, selepas pemergiannya pada November 2024.

Durasi Terpanjang dalam Siri Final Destination

0d222900 a63b 4208 b729 4ce5d0898a9e 1

Menurut Irish Film Classification Office (IFCO), Final Destination: Bloodlines berdurasi 109 minit 40 saat, menjadikannya filem paling panjang dalam siri ini, mengatasi filem pertama yang berdurasi 98 minit.

Klasifikasi Umur: D18+Final destination

Disebabkan kandungan ekstrem dan babak yang mengerikan, filem ini ditetapkan untuk tontonan dewasa 18 tahun ke atas sahaja.

Sudah tidak sabar? Kita nantikan tayangannya di pawagam 14 Mei ini ya!

Baca lagi: Squid Game Musim 3, Babak Akhir yang Penuh Darah, Emosi dan Misteri
Baca juga: Kegelapan Wednesday Kembali Menyapa, 5 Perkara Menarik Menanti Dalam Musim 2 Siri Ini