Home Entertainment “Tak Pernah Dibuat Orang Sedut Macam Tu”, Pelawak Lee Young Ja Dikritik...

“Tak Pernah Dibuat Orang Sedut Macam Tu”, Pelawak Lee Young Ja Dikritik Netizen Kerana Salah Sedut!!!

0

Bagaimana anda menyedut mee segera?

Di dalam dunia hiburan, pelawak sering dianggap mencuba menarik perhatian penonton dengan melakukan perkara perkara yang dianggap memalukan atau “cringe”.

CE80F518 6AD2 416E 81CB 9DDF5C0C0CDD

Terbaru, pelawak, Lee Young Ja juga telah menyertai trend tersebut dengan membuat perkara annoying di salah sebuah rancangan hiburan.

E8B2DB1B A900 4071 B2D1 FDAC747F61D2

Pada 13 Ogos yang lalu, rancangan MBC, The Manager telah merakamkan pelakon Lee Jung Jae & Jung Woo Sung menikmati “naengmyun”, begitu juga pelakon Lee Young Ja.

“Naengmyun” merupakan hidangan korea yang selalu mendapat tempat di hati penduduk, samada di makan secara “cold beef broth” atau di campur dengan perapan pedas. Menu itu sangat popular terutama di musim panas.

Dalam rancangan tersebut, netizen telah membezakan cara makan Lee Young Ja dan Lee Jung Jae. Lee Jung Jae dilihat memakan hidangan tersebut tanpa menyedut terlalu kuat dan menundukkan muka. Pelakon itu juga tidak mengeluar bunyi ketika menikmati hidangan tersebut.

Bagaimanapun, Lee Young Ja dilhat menyedut mee tersebut secara kuat dan perkara itu telah memeranjatkan Lee Jung Jae.

802ABF49 76B9 45A6 B29A 2E83CB18521B

“Saya terpegun melihat aksi makan awak”- Lee Jung Jae

Para panelis segmen rancangan itu memuji tindakan Lee Young Ja kerana menggangap menyedut dan mengeluarkan bunyi merupakan tindakan yang betul ketika menikmati mee segera tersebut bagaimanapun dibantah keras oleh netizen.

Netizen menggangap gaya makan Lee Jung Jae lebih sopan berbanding Lee Young Ja.

Netizen juga mengatakan ketidakpuasan hati mengenai perkara “menyedut” itu yang acap kali ditunjuk oleh artis Korea di layar kaca. Beberapa pelawak viral turut menunjukkan gaya makan mee secara menyedut kuat itu adalah perkara yang betul.

Apa pendapat korang? Biadap atau salah satu cara menunjukkan mereka menikmati hidangan tersebut?

Sumber: KoreaBoo

Baca artikel terdahulu: “Comel Nya Diaorang Bersama”, HoYeon Jung Mengaku Ada BF, Hyeri Pulak Kenapa?