Home News Tahukan Anda Uncang Teh Banyak Kegunaannya? Ini 10 Tips Kegunaan Uncang Teh...

Tahukan Anda Uncang Teh Banyak Kegunaannya? Ini 10 Tips Kegunaan Uncang Teh Selepas Digunakan

0

Teh sememangnya salah satu minuman kegemaran rakyat Malaysia dengan tidak mengira kaum. Minuman ini juga sering digunakan sebagai spplement diet dalam mencegah kanser, antipenuaan dan alahan.

Tahukah anda teh juga mampu membantu dalam kehidupan seharian dalam pelbagai cara? Ini 10 tips kegunaan teh yang telah digunakan.

1. Hilangkan bau busuk peti sejuk

Screenshot 2023 05 23 125836

Tahukah anda, teh yang telah digunakan mampu menghilangkan bau kepam, masam atau hanyir. Letakkan beberapa uncang teh yang telah digunakan ke dalam satu bekas kecil dan biarkan di dalam peti sejuk. Bau busuk dalam peti sejuk akan hilang.

2. Cegah peralatan dapur daripada berkarat

Screenshot 2023 05 23 125917

Uncang teh hitam boleh mengelakkan periuk dan kuali andan daripada berkarat. Ini kerana kandungan tanin dalam teh hitam mencegah besi daripada teroksida.

Caranya ialah dengan hanya menggosokkan permukaan kuali atau periuk yang telah dicuci dengan uncang teh yang masih lembap.

3. Melembutkan daging steak

Screenshot 2023 05 23 125933

Kandungan tanin dalam teh hitam juga menjadikan ia sebagai pelembut daging yang sempurna. Anda juga boleh memerapkan daging steak kegemaran dengan bancuhan teh hitam sebelum digril untuk rasa lebih sedap.

4. Mengurangkan mata bengkak dan lebam

Screenshot 2023 05 23 125949

Teh juga diketahui sebagai bahan yang astringen dan bagus untuk kulit. Sekiranya anda mempunyai mata bengkak atau lebam, bolehlah meletakkan uncang teh di atas mata tertutup selama 20-30 minit untuk mengurangkan lebam di bawah mata.

5. Bersihkan karpet di rumah anda

Screenshot 2023 05 23 130005

Kadang-kadang anak terbuah air atau termuntah di atas karpet duang tamu anda. Tamnah pula kalau anda memelihara kucing atau anjing, karpet itu ditopup pula dengan bau-bauan lain. Nak hantar ke dobi tapi susah nak dibawah.

Jadi, apa yang boleh anda lakukan ialah taburkan serbuk teh yang sudah digunakan di atas karpet dan biarkan selama 15-20 minit sebelum divakum.

Sila gunakan serbuk teh yang kering ya, kalau guna serbuk teh basah nanti habis melekat warna teh itu di karpet pula. Kalau anda gunakan serbuk teh berperisa seperti oren atau strawberi, ianya makin wangilah karpet anda.

6. Segarkan laci atau kereta anda

Screenshot 2023 05 23 130024

Untuk menyegarkan laci almari yang berbau ‘lipas’, letakkan uncang teh yang kering di dalamnya. Boleh gunakan teh berperisa untuk bau yang lebih menarik.

Begitu juga dengan kereta anda, boleh gantungkan uncang teh di dalam kereta sebagai penyegar kereta. Kemudian buatlah kira-kira berapa banyak penjimatan kegunaan teh berbanding pewangi kereta anda.

7. Hilangkan gris dan minyak dalam sinki

Screenshot 2023 05 23 130109

Kadang-kadang bila masak lauk sup daging atau menu yang berminyak, pinggan mangkuk anda pun turut jadi berminyak sampai susah nak dicuci. Uncang teh boleh membantu menjimatkan masa menyental pinggan mangkuk..

Penuhkan sinki dengan pinggan kotor itu dengan air suam, rendamkan dua atau tiga uncang teh yang telah digunakan dan biarkan beberapa jam. Nanti minyak melekit akan mudah dicuci.

8. Perasa tambahan dalam masakan

Screenshot 2023 05 23 130130

Orang Jepun, China dan Korea selalu guna teh dalam masakan. Mereka menyeduh pelbagai mi, ikan dan daging dengan teh untuk mendapatkan rasa yang lebih kompleks. Ada juga yang suka buat sebagai pencuci mulut yang berasaskan teh.

9. Hilangkan bau kaki

Screenshot 2023 05 23 130147

Ramai yang tidak tahu bahawa aroma teh mampu menghilangkan kaki yang berbau. Caranya hanya rendamkan kaki anda dalam bekas air yang berisi teh.

Sekiranya kasut anda berbau, boleh juga letakkan uncang teh kering yang telah digunakan ke dalam kasut.

10. Penyubur tanaman

Screenshot 2023 05 23 130203

Teh juga boleh digunakan kompost ketika bercucuk tanam untuk menyuburkan tanah dan memberi nutrisi kepada tanaman. Cuma taburkan sahaja serbuk teh yang telah digunakan ke dalam pasu atau sekeliling pokok.

Banyak juga kegunaan teh ni ya, semoga info ini dapat membantu anda untuk buat penjimatan serta bermanfaat kepada anda. Selamat mencuba!

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Iluminasi