Home K - Pop Disebabkan Coronavirus, Super Junior Sumbang 10,000 Topeng Muka

Disebabkan Coronavirus, Super Junior Sumbang 10,000 Topeng Muka

0

9c62fa491c9e44d08556616df3de8c58 1

Super Junior telah membuat satu sumbangan untuk mencegah daripada penyebaran coronavirus.

Pada 29 Januari, kumpulan terkenal itu menyumbang  10,000 topeng muka kepada ‘Community Chest’ Korea untuk diberikan kepada kanak-kanak dan remaja di Korea, akibat penularan wabak coronavirus. Ini disebabkan kanak-kanak dan remaja adalah satu kumpulan demografi yang paling mudah terdedah kepada jangkitan.

Super Junior telah membuat kemunculan semula pada 28 Januari, dan mereka membuat keputusan untuk mengadakan rakaman “SUPER JUNIOR THE STAGE” secara peribadi kerana bimbang mengenai penyebaran coronavirus.

Lagu utama mereka dalam album  “TIMELESS” iaitu “2YA2YAO!” adalah hasil lagu daripada Zico.

Dah baca jangan lupa like, share, dan komen yang baik-baik ye. Terima Kasih.
Sumber: Soompi