Home Entertainment Suga Disuruh Tinggalkan BTS Hanya Kerana Dia Meminati Taeyang Dan BIGBANG?

Suga Disuruh Tinggalkan BTS Hanya Kerana Dia Meminati Taeyang Dan BIGBANG?

0

Pada 18 Januari, Taeyang muncul sebagai tetamu dalam rancangan bual bicara Suga ‘Episod ke-3 SuChwiTa.

Dalam episod ini, kedua-dua pihak berkongsi cerita mereka sendiri dan bercakap tentang muzik dan banyak lagi.

1674148119 imagePada masa lalu, ahli BTS tidak pernah menyembunyikan rasa kagum mereka terhadap BIGBANG, dan mereka berkata bahawa mereka memulakan kerjaya mereka selepas melihat BIGBANG.

Pada episod ke-3 ‘SuChwiTa,’ Suga menyatakan rasa kagumnya terhadap BIGBANG dan Taeyang sekali lagi. Suga mengatakan bahawa BIGBANG adalah punca BTS muncul di dalam industri K-Pop.

Ini telah membuat kan ‘peminat toksik’ berasa marah dengan Suga. Mereka mengatakan bahawa Suga telah menjatuhkan maruah BTS dengan mengaggungkan BIGBANG.

Screenshot 2023 01 20 155424

Mereka yang berasa geram dengan ayat Suga mula memberi komen dan ayat-ayat yang negatif di media sosial.

Malah, mereka telah bercakap buruk tentang Suga dan menyuruhnya untuk meninggalkan kumpulan BTS serta mendakwa Suga tidak pedulikan ARMY dan hanya mementingkan dirinya sendiri.

Ini menyebabkan 2 fandom bersatu untuk bergabung tenaga. V.I.P. dan ARMY telah tampil dan membela Suga, dan hashtag #ProtectSuga telah menjadi trend di Twitter.

Baca lagi: Kang Ki Young Dikritik ‘Racist’ Kerana Berkulit Coklat Di Filem Terbarunya

Baca lagi: Honey Lee Dituduh Guna Khidmat Ibu Tumpang Hanya Disebabkan Dia ‘Fit’ Selepas Bersalin

Jom baca tweet VIP dan ARMY yang menyokong SUGA di Twitter:

Jom tengok Suga interview Taeyang dibawah:

Sumber: [1]