Home Entertainment  “Suara Mereka…”Netizen Terkejut Dengan Persembahan Encore NewJeans Baru-Baru Ini.

 “Suara Mereka…”Netizen Terkejut Dengan Persembahan Encore NewJeans Baru-Baru Ini.

0

Seperti yang diumumkan, NewJeans telah memenangi tempat pertama pada episod 15 Januari lalu di program muzik SBS.

Mereka naik ke atas pentas untuk persembahan encore mereka “OMG.” Seperti yang diketahui, kebanyakan persembahan encore akan dinyanyikan secara langsung tanpa suara latar.

Screenshot 2023 01 19 150928

Semasa pentas encore, ahli NewJeans masing-masing memegang mikrofon dan menyanyikan bahagian mereka. Di ruangan komen, netizen terhibur dengan kebolehan menyanyi secara langsung mereka dan menulis bahawa “Hanni sangat bagus,” sekaligus meletakkan harapan yang tinggi untuk kumpulan itu.

Ramai juga yang mengulas tentang “nada vokal yang cantik” Hyein dan “keyakinan” Danielle semasa menyanyi secara langsung.

Lebih banyak komen dan reaksi termasuk:

“(Nyanyian) Hanni sangat bagus”

“Tak percaya Hanni sebagus itu”

“Hyein mempunyai suara yang sangat indah”

“Minji ada apa-apa masalah ke dengan ear-bud nya? Nampak macam Minji agak gementar.”

“Tidak boleh mendengar Haerin dengan baik tetapi mereka semua cukup bagus”

“Hyein dan Hanni kedua-duanya sangat bagus; dalam menari dan dalam nyanyian”

“Bagus betul”

“Adakah Hanni vokalis utama?”

“Adakah Minji seorang penyanyi rap?”

Baca lagi: “Sampai Nangis Dikerjakan”- Chaeyoung Tidak Mampu Bertahan Ketika Live Streamnya Baru-Baru Ini

Baca lagi: [Video] Peminat Terkejut Hwasa Mengaku Tidak Menerima Sebarang Hadiah Daripada Mereka, RBW Dilabel Agensi ‘Neraka’

Sumber: [1]