Home Kdrama/Kmovie ‘SongSong Couple’ Berakhir, Song Jong Ki Failkan Cerai Terhadap Song Hye Kyo

‘SongSong Couple’ Berakhir, Song Jong Ki Failkan Cerai Terhadap Song Hye Kyo

0

Kini, pernikahan Song Hye Kyo dan Song Jong Ki di ambang kehancuran. Song Joong Ki telah menfailkan cerai di Seoul Family Court pada Rabu (26/6/2019) kelmarin.

Pada 27 Jun berhubung dengan laporan penceraian pasangan ini, Song Hye Kyo yang merupakan artis bawah naungan agensi UAA ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan isu tersebut. Dilaporkan bahawa kedua mereka mengambil keputusan untuk bercerai atas sebab perbezaan personaliti.

7DF812B3 E98E 4139 A18D AC010F65C171

Selain itu, Song Jong Ki telah melahirkan rasa kesal dan memohon maaf terhadap peminat yang telah menyokongnya selama ini.

Pasangan “ Song Song” ini telah berkahwin pada 31 Oktober 2017 namun mungkin atas sebab tidak sefahaman jadi mereka memutuskan untuk membawa haluan masing-masing. Nak buat macam mana, be strong lah kepada peminat pasangan ni. Yang penting kita still sokong drama dorang lepas ni..