Home News Shuib Akan Bernikah Pada Jun Depan

Shuib Akan Bernikah Pada Jun Depan

0

Shahmira Muhammad atau lebih dikenali sebagai Shuib merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan penyampai radio Malaysia. Beliau dilahirkan pada 12 September tahun 1984, berasal dari Johor Bahru, Johor. Beliau berkajwin dengan seorang penyanyi Siti Sarah Raissuddin pada 26 Februari 2011, pasangan ini dikuriakan 4 anak. Bagaimanapun, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan C0vid-19 di HUKM.

Selain itu, beliau telah ditemuramah oleh Berita Harian pada sidang media Melakar Pahala Warnai Raya Suria FM di sebuah hotel semalam. Kata Shuib persiapan perkahwinannya bersama wanita kelahiran Perak itu sudah berjalan sebanyak 30 peratus. Beliau mengatakan tidak mahu majlis yang terlalu meriah dan juga terlalu kecil-kecilan kerana memikirkan ahli keluarga.

Shuib juga mengatakan:

“Ini adalah perkahwinan pertama Watie, jadi sudah tentu keluarga mahu majlis meriah meraikan kami”
“Insya-Allah, majlis akan akan berlangsung selepas raya iaitu pada Jun depan. Nanti saya akan beritahu tarikhnya. Persiapan dari segi dewan sudah dilakukan. Saya akan menjalankan majlis pernikahan persandingan. Tetapi, dari segi busana belum lagi”

daebaking.co Shuib Akan Bernikah Pada Jun Depan sss

Ditanya perasaan Watie, penyampai radio Suria FM itu berkata, bakal isterinya gembira, namun pada masa sama tidak menafikan cabarannya. Shuib juga mengatakan anak-anak nya turut selesa dengan Watie. Beliau turut rasa berdebar, tetapi apabila lihat anak-anak, beliau merasakan perlukan seseorang untuk ada bersamanya.

Shuib juga akui dengan adanya Watie, beliau mampu mempunyai sistem sokongan yang baik namun menegaskan arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin tetap tiada galang gantinya.

daebaking.co Shuib Akan Bernikah Pada Jun Depan www

“Arwah Siti Sarah tidak akan boleh diganti. Tetapi, hampir 20 peratus sisi Watie sama seperti arwah”
“Saya hargai bagaimana Watie menjaga anak-anak saya. Itu yang mahal”
“Saya nampak Watie boleh jadi ibu yang baik, insya-Allah. Saya nampak usaha yang Watie berikan kepada ibu saya, mentua dan anak-anak saya”

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Berita Harian