She Was Pretty versi Malaysia telah menemui penonton di platform Viu dan telah bersiaran sebanyak 11 episod, setakat ini.

Dalam episod 11 baru-baru ini, penonton dikejutkan dengan Haniff dan Nadia yang tidak dapat lagi menyembunyikan identiti dan Kejora yang cuba melarikan diri dari Nadia setelah mendapati Nadia dan Haniff mulai mesra. Ashraff pula cuba menjauhkan diri dari Nadia setelah cinta nya ditolak. Nantikan episod seterusnya untuk mengetahui kesudahan cerita ini.

8c2b3ee1 ff6f 43a5 a255 6babd5a0227f

                                                                                                                                                        Babak dalam Episod 11 

Bagi sesetengah penonton, pasti ada yang membandingkan She Was Pretty Malaysia dan She Was Pretty Korea. Apa perbezaan yang terdapat bagi kedua-dua siri ini?

Untuk watak utama, versi Malaysia dilakonkan oleh Diana Danielle dan versi Korea dilakonkan oleh Hwang Jung-eum. Kedua-dua mereka mempunyai rambut kerinting dan jeragat yang membuatkan watak utama dari kedua-dua siri ini enggan bertemu dengan rakan baik mereka sejak kecil. She Was Pretty 1

Perbezaan untuk kedua-dua siri ini pula, babak mesra seperti adegan bercium dalam versi Korea diolah semula dalam versi Malaysia dengan babak berpelukan sahaja. Dalam versi Korea, babak watak utama yang mabuk digantikan dalam versi Malaysia, iaitu Aiman Hakim Ridza, mabuk apabila makan makanan karbohidrat.

Dalam perbezaan drama itu, drama ini mengadaptasikan ruangan kerja, The Most, sama seperti dalam versi Korea, di mana kedua-dua nya mengetengahkan konsep majalah fesyen yang terkemuka di negara masing-masing. Watak di tempat kerja juga tidak banyak beza dengan Malaysia dan juga Korea.

She Was Pretty 5

Jangan lupa saksikan drama bersiri She Was Pretty versi Malaysia setiap Khamis hanya di platform Viu.

Previous article‘Han So Hee Pernah Bekerja Sebagai…’, Kenali Pelakon Utama The World Of Married Couple
Next article“Ji Chang Wook Lakon Watak…” Drama Terbaharu Beliau Bakal Mengujakan Penonton

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here