Home News Setelah Menjadi Saudara Baru, Kini Ayana Moon Dedah ‘Buah Hatinya’ Juga Sudah...

Setelah Menjadi Saudara Baru, Kini Ayana Moon Dedah ‘Buah Hatinya’ Juga Sudah Berhijrah

0

Bintang media sosial yang terkenal, Ayana Jihye Moon merupakan seorang gadis Korea mualaf yang telah memeluk agama islam sekali gus mencuri perhatian ramai.

Ayana memeluk agama Islam pada 2012. Untuk lebih mendalami ajaran agama Islam, Ayana pun rela untuk hijrah ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Baru-baru ini melalui laman Instagramnya, Ayana berkongsi berita gembira. Ia bermaksud Ayana memiliki dua orang ahli keluarganya yang memeluk Islam, selepas adik perempuannya yang baru saja menjadi mualaf pada tahun lepas, adik lelakinya pula memeluk Islam.

Berita gembira tersebut dikongsi Ayana menerusi satu komen yang dibalas di ruangan komen Instagram miliknya.

“@norjenabuka_ Dia sudah masuk Islam sudah 3-4bulan. Alhamdulillah.”tulisnya.

bw29

Di samping itu, Ayana juga turut berkongsi insan bergelar Imam yang telah banyak membantu dia dan adiknya ketika mahu memeluk agama Islam.

“ Meeting session with Imam of Seoul Central Masjid @abdrahmanlee . It’s always glad to meet him. He always shares many good ideas. Hopefully we can manage some Dakwah programs in Korea. InsyaAllah.“And he is the person who guided my syahadah as an Imam and also as a witness. To my brother as well.

“ His endless hard work for Korean muslims and muslims in Korea encourges me a lot. Always. Jazakallahu khairan. Allahu Akbar 바쁘신 와중에도 귀한 시간 내주셔서 감사합니다, 이맘님 #muslim,” tulisnya.

bw30

Dalam pada itu, peminat terharu dan gembira dengan berita yang dikongsikan gadis cantik ini.

Terdahulu, bintang media sosial berusia 23 tahun itu telah memeluk agama Islam pada tahun 2012.

Malah, dia juga turut mendedahkan beberapa keping foto si adik yang sekali gus membuatkan ramai gadis mengusik!

bw33

Keakraban Ayana dengan adik lelakinya juga sering mencuri tumpuan ibarat ‘buah hati’ sendiri. Malah Ayana juga berkata” I think he is the only guy (maybe) who can touch and hold my cheeks like this. Sooo sakit tapi dia senang -ayana-

Sedikit perkongsian tentang Ayana

Ayana Jihye Moon merupakan bekas anggota kumpulan band wanita, F-VE Dolls. F-VE Dolls merupakan sebuah band Korea dengan dianggotai tujuh orang. F-VE Dolls sempat mengalami perubahan anggota dari berlima menjadi berenam.

Beberapa lagu sudah dikeluarkan oleh F-Ve Dolls seperti Lip Stains, Your Words, Like This Or That, dan masih banyak lagi. Difahamkan band ini memutuskan bubar pada tahun 2015.

Sebahagian besar anggota bergabung di kumpulan band yang lain atau menjadi artis solo. Ayana Jihye Moon lah yang memutuskan menjadi mualaf dan mula berhijab.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Daebaking

Sumber: Instargam Ayana