Home Video Sering Dengar Bunyi Ketukan Dalam Pejabat, Sekali Tindakan Lelaki Ini Buat Ramai...

Sering Dengar Bunyi Ketukan Dalam Pejabat, Sekali Tindakan Lelaki Ini Buat Ramai Yang Meremang

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok imannurrezkiiiiiiiiiiiii, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki menyiarkan satu klip durasi pendek di sebuah pejabat yang beliau bekerja pada waktu malam, terdapat bunyi ketukan di bahagian yang lelaki ini tunjukkan. Namun beliau juga mengatakan sudah terbiasa mendengar perkara sebegitu hingga diganggu, seperti kerusi bergerak sendiri.

Menurut lelaki ini, beliau sudah memeriksa disebalik pintu itu, namun tiada orang yang berada di sana. Video klip ini juga ditular dan mendapat perhatian netizen, di mana membuatkan mereka berasa meremang apabila mendengar ketukan tersebut.

Screenshot 2023 07 14 220937
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan ‘benda’ itu seperti meminta beliau untuk pulang ke rumah kerana sudah lewat malam. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama seperti mendapat panggilan pada telifon pejabat beberapa kali dan mendengar seperti bunyi ‘keyboard’ apabila orang sedang menaip. Ada juga netizen yang menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 39.5K penonton, 1297 sukaan dan 198 komen.

Pemilik akaun ini juga menulis kapsyen seperti dibawah:

“Dah terbiasa, ketuk, alih kerusi, semua dah rasa. Jangan dia tunjuk rupa sudah”

Baca lagi: 10 Filem Seram Terbaik, Cukup Menakutkan

Baca lagi: “Kena Paksa Lari Ke Dik”-Reaksi Kanak-Kanak Menangis ‘Berjemaah’ Ketika Acara Larian Buat Ramai Yang Terhibur

Lihat klip durasi pendek reaksi lelaki ini apabila mendengar ketukan tersebut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @daebakingcosmetics

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Narnia: pernah alami tpi bnyi org type gna typewriter lama yng boss sy beli waktu muda dulu (dia dh 80+ now)

@HHH CLAN: opis kita dlu dia main call² , semua meja bunyi tepon, astu aku jerit” aku keje ni. tak usah ler kacau. lepas tu bunyi pintu kne buka.

@norassikin6: Dulu pernah jugak bunyi orang selak kertas, tu belum nampak lembaga putih dekat cctv , kali kedua tengok takde pulak lembaga tu.

@@: pernah gak kena, masa tu kul 3 pagi then dgr orq ketuk pintu dari luar rumah .bukak2 pintu terus bunyi tu takde

@cikudottt: sya prnah tgur bnda ni main pintu dkt tdika malmnya tu pergelangan tgn ad kesn cakar , mrh gknya org tgur dia

@View replies (27) v: hahah jgn dia main lampu sudah dlm gelap meremang lain

@Akeyworld_A Zaki: pernah kat ofis, kerja malam, sorang diri, ingatkan member masuk bilik dia , bila check gelap je bilik dia, terus kemas kemas , balik rumah

@Kakchik: Prnh kena gguan mcm ni gak kt office bunyi org main typewriter, lps tu siap kerusi berpusing .. trus cabut balik seramm

@rahh: pernah Masa intern , nasib baik time tu member bukak pintu,dia bukak xde orang

@Bit.: Betul awk jgn tunjuk kn diri ja.. Klau ketuk2.. Tk pa.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram