Home Entertainment Seorang TikToker Telah Mencipta Fenomena Luar Biasa ‘Polaroid Love’, ENYPHEN, Kep1er, NCT...

Seorang TikToker Telah Mencipta Fenomena Luar Biasa ‘Polaroid Love’, ENYPHEN, Kep1er, NCT Dan Ramai Lagi Turut Mengikuti ‘Trend’ Ini

0

“Polaroid Love,” merupakan salah satu lagu di dalam album terbaharu ENHYPEN DIMENSION : ANSWER dan kini sedang meningkat dengan pesat dalam carta.

Copy of EN 01 1

Baru-baru ini, ia tiba-tiba memasuki Top 100 di Melon, kedai muzik dalam talian Korea Selatan dan perkhidmatan penstriman muzik.

1 9

ENGENEs (peminat ENHYPEN) tahu bahawa “Polaroid Love” adalah satu lagu yang menarik sehingga ia memberi inspirasi kepada seseorang untuk menciptakan tarian.

Tetapi apakah punca utama lagu itu secara tiba- tiba menjadi terkenal? Ini kerana salah seorang TikToker bernama Reiner Acuario (@reeeiner di TikTok) telah berkongsi video dirinya sedang menari koreografi yang diciptanya pada 10 Januari 2022 di dalam aplikasi TikTok.

Sejak itu, video tersebut telah menjadi sangat viral dengan 5 juta tontonan, dan 768K suka hanya dua minggu selepas muat naik asalnya!

Sudah tentu, dengan muzik yang menarik dan kini dipadankan dengan tarian yang comel, ramai peminat K-Pop turut mengikuti trend tarian tersebut.

Lebih mengejutkan lagi apabila ahli ENHYPEN (Sunoo, Jungwon dan Jake) itu sendiri turut mengikut tarian yang direka oleh Reiner itu.

Belum cukup dengan itu, ramai lagi artis korea yang melakukan cabaran lagu ‘Polaroid Love’ iaitu NCT Taeyong, Kep1er Xioting, Yeseo dan Chaehyun, Fromis_9 Jiheon, P1Harmony Keeho, Intak, Jiung dan Theo dan juga IVE Yujin!

Sumber: Koreaboo! , TikTok Reeeiner