Home Entertainment Seorang Lagi ‘Bekas Kekasih’ Park Shin Hye Tampil Dengan “Kenyataan Rasmi” Mengenai...

Seorang Lagi ‘Bekas Kekasih’ Park Shin Hye Tampil Dengan “Kenyataan Rasmi” Mengenai Perkahwinan Aktres Itu

0

Jang Geun Suk dengan lucu menjawab soalan tentang perkahwinan Park Shin Hye dengan menggelar dirinya sebagai seorang lagi ‘bekas teman lelaki’ nya

park shinhye choi taejoon wedding

Beberapa hari yang lalu Park Shin Hye dan pelakon Choi Tae Joon telahpun berkahwin, dan ramai memberikan ucapan tahniah kepada pasangan itu.

Ramai selebriti turut menghadiri majlis itu, termasuklah pelakon Lee Min Ho, Hongki, dan lain-lain lagi yang sebelum ini pernah bekerja bersama dengan Park Shin Hye.

park shin hye choi tae joon 22012022 21

Lee Min Ho, pada hari pernikahan Shin Hye telah memuatnaik gambarnya sebagai Kim Tan (‘bekas teman lelaki’ Cha Eun Sang daripada drama ‘The Heirs’)

1 7

Terbaharu, seorang lagi ‘bekas kekasih’ Park Shin Hye tampil dengan “kenyataan rasmi” mengenai perkahwinan aktres itu.

Di Instagram, Jang Geun Suk telah menjawab satu soalan peminatnya di ‘IG Story’: “Apakah perasaan anda tentang perkahwinan Go Mi Nam pada hari ini???”)

2 9

“Saya perasan yang dia telah mengabaikan Hwang Tae Kyung”

Peminat drama ‘You’re Beautiful’ (2009) telah memberikan reaksi yang lucu, kerana Jang Geun Suk bertukar personaliti menjadi Hwang Tae Kyung.

12000 langkah e1642844190525

Hwang Tae Kyung merupakan nama watak Jang Geun Suk di dalam ‘You’re Beautiful’. Manakala Go Mi Nam pula merupakan watak Park Shin Hye.

youre beautiful

Netizen telah memberi komen seperti:

“LOL bila ini akan berakhir”

“Park Shin Hye melakukan begitu banyak rom-com sehingga terdapat senarai ‘ex’ yang panjang”

“LOL sekarang kami memerlukan lebih ramai ‘EX’ Park Shin Hye untuk tampil ke hadapan

 

Apa- apapun tahniah diucapkan untuk pengantin baru Park Shin Hye dan Choi Tae Joon!

Sumber: allkpop