Semak Baki Kredit Touch ‘n Go (TNG) – Ini cara semak baki kredit Touch ‘n Go (TNG) pada Mykad anda dengan mudah.

Selain kad Touch ‘n Go (TNG) sendiri, MyKad juga boleh digunakan sebagai alternatif kepada kad TNG untuk membuat pembayaran tol, tambang kenderaan awam, atau membayar tempat letak kenderaan.

Namun, masih ada lagi pengguna yang belum tahu untuk menyemak baki kredit yang tinggal dalam MyKad.

Untuk pengetahuan anda, baki MyKad juga boleh disemak melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Di sini saya kongsikan bagaimana cara untuk semak baki kredit TNG pada MyKad.

Cara semak baki Touch ‘n Go pada MyKad

Langkah 1: Buka aplikasi TNG eWallet. Pada halaman utama, pilih ‘Toll’.

daebaking.co tng11

Langkah 2: Pilih ‘TNG Card’.

daebaking.co tng22

Langkah 3: Klik ‘ADD A NEW CARD’ di bahagian bawah skrin.

daebaking.co tng33

Langkah 4: Masukkan MFG No yang boleh didapati pada resit tambah nilai Touch ‘n Go dalam MyKad.

daebaking.co tng44

Kapsyen: MFG No Pada Resit

Langkah 5: Namakan kad anda. Kemudian, masukkan kod pengesahan yang dihantar ke telefon anda.

daebaking.co tng55

Selesai. Anda kini boleh semak baki kredit dalam MyKad menerusi aplikasi TNG eWallet.

Semoga bermanfaat!

Baca Lagi: Pemuda Jual Wang RM1 Miliknya Gara Gara Nombor Siri Yang Unik, Harga Jual Boleh Beli Peti Sejuk

Baca Lagi: “Potong Rambut Sampai RM120 Kau Caj” -Pelancong Kena Scam Dengan ‘Barber’

Previous articleHabis RM25,000 Sewa LED Untuk Sambut Hari Lahir Cik B, Sekali Ditutup Dengan Backdrop
Next articleGambar Passport Putih MK K-Clique Tular, Peminat Tak ‘Ready’ Untuk Patah Hati Jika Beliau Berkahwin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here