Home Entertainment Selepas Membeli Penthouse Bernilai RM55.7 Juta Secara Tunai, G-Dragon Beli Kereta Termahal...

Selepas Membeli Penthouse Bernilai RM55.7 Juta Secara Tunai, G-Dragon Beli Kereta Termahal Ini Pula

0

Awal bulan lalu, G-Dragon menarik perhatian peminat dan netizen selepas dilaporkan membeli salah satu penthouse termahal (16.4 billion KRW @ RM 55.7 juta) di Korea. Ramai yang kagum dengan G-Dragon kerana dia mampu membayarnya secara tunai.

Kemudian baru-baru ini, G-Dragon sekali lagi membuat ramai orang iri hati apabila dia memuat naik gambar di IG Story, mendedahkan bahawa dia telah membeli salah satu ‘supercar’ termahal di Korea Selatan, Bugatti Chiron.

1657044758 image

1657044755 image

Malah, di Korea, kereta ini hanya terdapat dua buah sahaja, dan satu daripadanya telah dibeli dan didaftarkan di bawah nama G-Dragon.

G-Dragon post gambar tali pinggang keledar di dalam Bugatti Chiron bernilai $2.5 juta (RM 11 juta) itu bersama dengan sekeping gambar kereta kecil.

Artikel Berkaitan: Kaya Gila! G-Dragon Bayar Penthouse Bernilai RM57.5 Juta Secara Tunai

1657044747 image

Menurut seorang netizen Korea, hanya dua daripada supercar ini telah diimport ke Korea, dan satu daripadanya kini dimiliki oleh G-Dragon.

Netizen memberi komen:

“Ini sangat hebat” 

“Wah, dia benar-benar hidup di dunia lain,”

“Saya sangat cemburu”

“Saya tertanya-tanya siapa yang akan membeli sebuah lagi”

“Saya sangat cemburu, membeli supercar bernilai $2.5 juta itu mungkin seperti membeli-belah pakaian baru untuk GD”

” Saya tertanya-tanya berapa banyak wang yang dia ada sehingga dia boleh membeli kereta $2.5 juta begitu sahaja.”

Baca lagi: V BTS Menginap Di Hotel 5 Bintang, Anda Akan Terkejut Apabila Melihat Harganya!

Sumber: [1]