Home Entertainment Selepas Berlakon Drama ‘Mouse’, Ini Pula Drama Terbaru Lee Seung Gi, Best...

Selepas Berlakon Drama ‘Mouse’, Ini Pula Drama Terbaru Lee Seung Gi, Best Ke?

0

Setahun setengah selepas mengetuai filem thriller pembunuh bersiri terkenal Mouse, Lee Seung-gi kembali ke skrin dalam drama terbarunya iaitu The Law Cafe, di mana dia berlakon bersama dengan pelakon The Red Sleeve, Lee Se-young.

“The Law Cafe” merupakan adapatsi novel web dan telah diadaptasi menjadi webtoon pada tahun 2019. Tajuk novel dan webtoon asal ialah “Love According to Law” atau “Love by Law.”

The Law Cafe - AsianWiki

Drama 16 episod ini telah ditayangkan di Korea Selatan pada 5 September 2022, dan akan tamat pada 25 Oktober 2022.

Sinopsis The Law Café

Kim Jung Ho (Lee Seung Gi), Kim Yu Ri (Lee Se Young), Han Se Yeon (Kim Seul Gi), dan Do Jin Ki (Oh Dong Min) telah berkawan sejak 17 tahun yang lalu, sejak di bangku sekolah lagi.

Jung Ho ialah seorang tuan tanah yang pernah dipanggil Monster Genius dalam pendakwaan. Walaupun kekok, dia seorang lelaki yang hebat dengan daya tarikan misteri.

The Law Cafe' Teaser: Lee Seung Gi, Lee Se Young Grow Closer Despite Love-Hate Relationship | KDramaStars

Yu Ri pula seorang peguam yang pernah memenangi pertandingan Miss Korea yang lalu dengan penampilannya yang menarik.

Ciri-cirinya yang panas baran dan yang tidak tahan dengan ketidakadilan menyebabkan dia berhenti dari firmanya dan memulakan kafe undang-undangnya sendiri.

Baca lagi: Hari Anda Murung? Jom Layan 5 Episod Running Man Ini, Dalam Tempoh 24 Jam Selepas Tayangan Perdana Di Korea, Anda Sudah Boleh Tonton Di Viu!

3 Reasons To Look Forward To Lee Seung Gi And Lee Se Young's New Rom-Com “The Law Cafe” | Soompi

Suatu hari apabila dia pergi berjumpa tuan rumahnya untuk kontrak, dia mendapat tahu bahawa tuan rumah itu adalah kawan lamanya Jung Ho. Sejak itu, hubungan mereka berkembang dari persahabatan kepada cinta.

Apakah yang akan berlaku kepada mereka? Kena saksikan episod penuh setiap isnin dan selasa di Viu.