Home K - Pop ‘Sebalik Senyuman Terakhir..’ – Dipercayai Bunuh Diri, Soo Yoo Jung Ditemui Meninggal...

‘Sebalik Senyuman Terakhir..’ – Dipercayai Bunuh Diri, Soo Yoo Jung Ditemui Meninggal Dunia

0

Berita kematian pelakon terkenal Korea, Song Yoo Jung hari ini mengejutkan orang ramai. Pelakon itu ditemui meninggal dunia di rumahnya dipercayai akibat bunuh diri. Difahamkan, laporan autopsi  mendapati kematian Song Yoo Jung adalah disebabkan oleh ubat penenang.

1

Kejadian itu disedari apabila bapa pelakon itu gagal menghubungi anaknya memandangkan mereka tinggal berasingan. Selepas itu, bapanya tidak sedap hati terus memanggil pihak polis untuk memeriksa keadaan anaknya. Polis juga memaklumkan hasil siasatan awal, menunjukkan tidak sebarang luka atau cedera yang mengakibatkan pelakon itu mati.

Malah, kamera keselamatan turut tidak menemui apa-apa kesan pencerobohan. Rata-rata artis dan netizen melahirkan rasa sedih atas kematian pelakon itu yang dipercayai tertekan menyebabkan bertindak untuk bunuh diri.

Foto terakhir

2

Foto terakhir yang dimuat naik pelakon itu di laman Instagramnya memaparkan pelakon itu tersenyum gembira. Foto itu dimuat naik pada 30 Disember 2020 dibanjiri komen takziah buat mendiang. Rata-rata seolah olah tidak percaya dengan kematian pelakon itu memandangkan beliau seorang yang ceria dan dilihat tidak pernah mempunyai sebarang masalah sosial. Buat masa kini mayat mendiang masih di Pusat Perubatan Gangnam sementara menunggu proses pengebumian dilakukan.

Yoo Jung mula dikenali selepas muncul dalam drama terbitan MBC berjudul Golden Rainbow pada tahun 2013. Kemudian, beliau berlakon dalam drama Korea popular, School 2017. Malah, mendiang turut muncul sebagai pelakon utama dalam muzik video kumpulan K-Pop terkenal, iKON menerusi lagu Goodbye Road.

Sebalik senyuman terakhir

3

Sumber : Lovekpop