Minggu ni media sosial terutama nya dihujani dengan berita dan permasalahan rumah tangga yang dikongsi oleh warga maya.

Tidak terlepas isu rumahtangga pelakon terkenal tanah air, Puteri Sarah Liyana dan juga suami nya yang merupakan pelakon dan juga pengarah yang difahamkan kini menghadapi fasa yang tegang dalam rumah tangga. Namun, masyarakat dinasihatkan agar sentiasa mendoakan kebaikan dan sentiasa berfikiran positif dalam melontarkan apa apa tomahan atau komen komen di ruang media sosial.

Dato Aliff Syukri juga turut berkongsi mengenai kahwin dua, kerana difahamkan ingin merasai kenikmatan berpoligami.

“Saya ada terfikir (kahwin dua) sebab nikmat lain… kadang-kadang kita makan ikan kembong, esok nak makan ikan siakap… sebab nikmat dan belaian lain. Yang tua lain, yang muda lain.

“Tapi saya percaya satu benda, saya tak sanggup pening dan saya yakin bila wujudnya orang nombor dua dan sebagainya, kasih sayang kita dan fokus makin berkurang.

“Bukan kata tak boleh, kalau dah rezeki dan jodoh, kita tak boleh halang. Sebab benda ini (poligami) bukanlah haram… lelaki boleh nak kahwin lain,” katanya.

“Niat itu ada, tapi saya takut bini… jujur saya takutlah dengan isteri saya. Kalau tanya lelaki, dia kata tak nak kahwin dua itu potong tangan… tak adanya.

“Cuma, jujur saya katakan, saya cuma nak isteri saya jaga saya la. Kalau la isteri saya tak ada… meninggal dunia, saya tak akan kahwin sebab dia saja yang boleh menerima kekurangan saya.

“Saya seorang yang agak sukar untuk dijaga dan dia menerima semua kekurangan saya. Saya takkan jumpa orang yang cukup sempurna seperti dia,” ujarnya.

4533

Baca Juga: Pelik! Drama ‘Reborn Rich,’ Dapat Rating Tinggi Tapi Dipilih Penonton Sebagai Drama Paling Teruk?

Jom lihat apa kata orang ramai:

“inshaallah klu susah senang bersama mmg susah nk curang datin pun first allif keluar …dia tak tunjuk kan diri …dh lama baru dia tunjuk kan wajahnya..”

“Semua lelaki atas dunia ni ada hati nk tambah lgi cuma ada yg takut bini ngan x jodoh..”

Iskhh.. Klu aku pompuan.. X beliur dan X nak anak aku punya bapak mcm ni.. Dah la tejerit2 sumbang”, deherbbbbb… Malu ank aku nnti kena buli kat sekolah..”

“semoga dato berjaya hahahaha. smeoga diberkati dan dirahmati. tapi ape yg dato ckp tu mmg betul.”

“Pasal kahwin lg…kalau datin kahwin lain boleh…ape perasaan Dato’…”

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Gempak

Previous articlePelik! Drama ‘Reborn Rich,’ Dapat Rating Tinggi Tapi Dipilih Penonton Sebagai Drama Paling Teruk?
Next article” Kerana Tindik Mereka Kembali Semula?”-HyunA dan Dawn Mula Berbunyi Dimulut Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here