Home K - Pop “Saya Siap Kena Masuk Kelas Selfie.” Pelatih K-pop Perlu Hadir Ke Kelas Subjek-subjek...

“Saya Siap Kena Masuk Kelas Selfie.” Pelatih K-pop Perlu Hadir Ke Kelas Subjek-subjek Ini

0

Pada masa kini, pelatih K-pop dilaporkan perlu menghadiri beberapa kelas, tidak terhad kepada menari, menyanyi dan bahasa Inggeris.

Menerusi YouTube saluran seorang pengacara popular Korea iaitu Jae Jae, dia menjemput IVE dan memuji para ahli kumpulan K-Pop itu kerana pandai beraksi di depan kamera.

IMG 20220417 091318 800

“Di Starship (agensi pengurusan IVE), terdapat kurikulum subjek yang perlu diambil oleh para pelatih. Saya belajar banyak perkara termasuk cara tengok kamera dan kenyit mata comel-comel.” kata ahli IVE termuda.

Apabila Jaejae ingin tahu apa yang idol belajar sebelum mereka debut, jawapan para artis K-pop agak mengejutkannya:

“Saya juga ambil kelas selfie, saya tak reti selfie jadi hari-hari kena berlatih tangkap dua keping gambar sebagai tugasan.” kata salah seorang ahli IVE.

IMG 20220417 091313 117

Mereka turut mengatakan ada kelas TikTok untuk belajar cara buat konten pendek.

“Saya ambil kelas TikTok dan ada ujian tau. Selepas buat video, saya akan diberi maklum balas seperti ‘Jom buat ekspresi muka begitu begini. Kesan khas turut perlu dibuat dengan usaha sendiri jadi saya turut praktis edit.”

IMG 20220417 091316 421

Selain itu, kumpulan yang terdiri daripada gadis-gadis muda ini turut perlu ambil tahu fesyen yang trending dalam kalangan Gen Z seperti beg, kaca mata dan earphone.

Sumber: [1]