Bekas pelatih idol telah mendakwa bekas generasi pertama idol ‘A” tersebut menyerang nya.

Baru-baru ini, salah seorang netizen telah membuat sebuah posting di forum komuniti popular atas talian yang berbunyi, ” Saya bekas pelatih idol dan 6 tahun telah berlalu, apabila teringat tentang perkara itu, saya akan trauma. Saya adalah pelatih di sebuah agensi di mana “A” adalah salah seorang idol yang juga ahli kumpulan generasi pertama dan dia juga seorang CEO.”

Menurut netizen itu juga, pada tahun 2016, dia permah menyatakan bahawa muzik yang disampai oleh syarikat CEO “A” terlalu “old school” dan “A” telah membalas komen tersebut dengan menyumpahnya,”Hey, you b***ch”, dan menampar pipi kanan sebanyak 4 kali dan pipi kiri 2 kali. “A” juga telah didakwa menanggal kan topi netizen itu dan menumbuk belakang netizen itu sebanyak 2 kali.

Daripada insiden tersebut, “A” tidak meminta maaf kepada netizen tersebut sebaliknya dia pula yang dipersalahkan kerana insiden tersebut berlaku akibat daripada komentar yang diberikan. Netizen tersebut turut mendedahkan, gara-gara agensi itu takut dengan “A”, agensi telah menamatkan kontrak dan menghantarnya menyertai perkhidmatan ketenteraan Korea Selatan. Walaubagaimanapun, netizen itu masih mengharapkan permohonan maaf secara langsung dari “A”.

Selain dari itu, netizen itu turut memuatnaik beberapa keping gambar ketika zaman latihan dahulu.

1654564768 befunky collage 2022 06 06t201923

Previous articleV BTS Dan 3 Artis K-Pop Ini Pernah Ditipu Bulat-Bulat Sebelum Menjadi Terkenal
Next articleKaya Gila! G-Dragon Bayar Penthouse Bernilai RM57.5 Juta Secara Tunai