Home Cdrama Iqiyi Satu Kes Lama, Ribuan Rahsia Terbongkar – Drama China Glory Lakonan Hou...

Satu Kes Lama, Ribuan Rahsia Terbongkar – Drama China Glory Lakonan Hou Ming Hao & Guli Nazha Raih Perhatian Global

0

Drama China Glory terus mencuri perhatian penonton sejak tayangan perdananya pada akhir Disember 2025. Menggabungkan elemen intrik politik, percintaan, dan persaingan perniagaan, drama ini pantas menjadi antara naskhah paling hangat diperkatakan dalam kalangan peminat C-Drama.

Dibintangi oleh Hou Ming Hao dan Guli Nazha, drama China Glory tampil dengan jalan cerita yang pantas, visual mewah, serta konflik berlapis yang sarat emosi. Keserasian pelakon utama turut menjadi tarikan utama, khususnya bagi peminat drama sejarah romantik China.

Seiring perkembangan cerita, ramai penonton mula mencari maklumat terkini berkaitan plot drama China Glory ini, yang kini boleh distrim di aplikasi iQIYI bersama sari kata Bahasa Melayu.

Latar Cerita Drama China Glory

Satu Kes Lama, Ribuan Rahsia Terbongkar - Drama China Glory Lakonan Hou Ming Hao & Guli Nazha Raih Perhatian Global

Berlatarbelakangkan dunia politik dan perdagangan teh di Jiangnan, drama China Glory mengetengahkan kisah kebangkitan dan kejatuhan seorang pegawai muda berbakat yang terperangkap dalam konspirasi masa lalu.

Kisah bermula dengan Lu Jianglai, seorang sarjana cemerlang yang dilantik sebagai gabenor daerah Chun’an County. Dikenali kerana kebijaksanaannya menyelesaikan pelbagai kes pelik, kerjayanya musnah apabila dia dituduh terlibat dalam satu kes pembunuhan lama.

Dalam usaha melarikan diri, Lu Jianglai cedera parah dan hilang ingatan, menjadikannya sasaran pihak-pihak berkepentingan yang ingin menyingkirkannya demi kuasa politik.

Daripada Istana ke Misteri: Drama China Bertema Duka Yang Menggugah Jiwa
Review Shine On Me (2025): Drama China Romantik Popular di iQIYI

Sinopsis Lengkap Drama China Glory

Satu Kes Lama, Ribuan Rahsia Terbongkar - Drama China Glory Lakonan Hou Ming Hao & Guli Nazha Raih Perhatian Global

Dalam keadaan terdesak, Lu Jianglai diselamatkan oleh Rong Shanbao, anak perempuan kepada keluarga saudagar teh yang berpengaruh di Jiangnan. Rong Shanbao merupakan seorang wanita bijak yang sudah biasa berhadapan dengan konflik dalaman keluarga serta persaingan perniagaan yang kejam.

Pada awalnya, hubungan mereka terjalin sebagai pakatan strategik demi perlindungan bersama. Lu Jianglai memilih untuk berpura-pura tunduk dan menerima identiti baharu bagi mengelakkan dirinya diburu musuh.

Namun, seiring masa berlalu, Lu Jianglai menyedari bahawa perebutan kuasa dalam keluarga Rong jauh lebih berbahaya daripada yang disangkakan.

Konflik memuncak apabila keluarga Rong mengumumkan pencarian calon menantu, sekali gus mencetuskan persaingan sengit dalam kalangan keluarga elit Jiangnan. Tanpa disedari, Lu Jianglai terperangkap sebagai bidak dalam permainan kuasa tersebut.

Daripada hubungan yang dibina atas tipu daya dan kepentingan, benih cinta perlahan-lahan tumbuh di antara Lu Jianglai dan Rong Shanbao, menjadikan percintaan mereka penuh risiko dan pengorbanan.

Senarai Pelakon Drama China Glory

Satu Kes Lama, Ribuan Rahsia Terbongkar - Drama China Glory Lakonan Hou Ming Hao & Guli Nazha Raih Perhatian Global

Drama China Glory menampilkan barisan pelakon hebat dengan watak yang berlapis dan signifikan:

  • Hou Ming Hao sebagai Lu Jianglai
  • Guli Nazha sebagai Rong Shanbao
  • Chen Ruoxuan sebagai Bai Yingsheng
  • Cheng Xiao sebagai Rong Yunxi
  • Zhao Yiqin sebagai Yan Bailou
  • Zhang Nan sebagai Rong Yunshu
  • Zhang Huiwen sebagai Xie Huiqing
  • Hu Jing sebagai Duchess Chang
  • Li Qian sebagai Puan Ketiga
  • Zhang Kentong sebagai Jiang Yiqian
  • Cao Jun sebagai Xue Shuyu
  • Zhang Lei sebagai Xue Maotang

Setiap watak memainkan peranan penting dalam membentuk konflik politik, keluarga, dan percintaan yang saling berkait sepanjang cerita.

Kenapa Drama China Glory Wajar Ditonton?

Satu Kes Lama, Ribuan Rahsia Terbongkar - Drama China Glory Lakonan Hou Ming Hao & Guli Nazha Raih Perhatian Global

 

Drama ini menonjolkan:

  • Pertarungan kecerdasan dan strategi politik
  • Dinamik keluarga saudagar yang penuh tipu daya
  • Percintaan yang lahir daripada konflik dan penyamaran
  • Visual kostum dan sinematografi yang memukau

Walaupun terdapat penonton yang merasakan beberapa babak bergerak agak pantas, majoriti memuji plot yang padat, konflik berlapis, dan emosi watak yang kuat, khususnya dalam episod 14 hingga 31 yang menjadi titik penting penentuan nasib watak utama.

Drama China Glory menawarkan gabungan politik, percintaan, dan persaingan perniagaan yang sengit dalam latar sejarah yang mengagumkan. Dengan plot yang sentiasa berubah dan hubungan cinta yang penuh risiko, drama ini sememangnya layak ditonton oleh peminat drama sejarah romantik China.

Pastikan anda strim C-Drama ‘Glory’ sekarang di aplikasi atau website iQIYI (*iQ.com) dengan subtitle EN & BM.