Home Reality Show “Sampai Bila Kamu Nak Duduk Di Bawah Bayang-bayang Jae-Suk?” Suk-Jin Ditanya Soalan...

“Sampai Bila Kamu Nak Duduk Di Bawah Bayang-bayang Jae-Suk?” Suk-Jin Ditanya Soalan Cepumas Ini

0

Bintang Running Man, Ji Suk-jin berpeluh selepas diserang oleh penyanyi Tak Jae-hoon dengan pertanyaan bagi menguji mentalnya.

Ketika itu, dia muncul sebagai tetamu undangan dalam rancangan hiburan SBS, ‘Take Off Your Shoes’. Rancangan aneka ragam ini mengenai empat lelaki duda yang sedang mencari kebahagiaan dengan menjemput tetamu datang ke rumah mereka.

unnamed 3 3

“Nak masuk rancangan ini, mental kena kuat. Saya akan tunjuk kaedah latihan mental yang istimewa.” ujar Lee Sang-min, hos utama rancangan tersebut.

“Okay, buat je.” kata Suk-jin dengan santai.

“Baru-baru ini kami rasa tak selesa bila tengok program yang abang Suk-jin handle seorang diri.” kata Sang-min.

“Kamu tengok macam mana?” tanya Suk-jin sambil ketawa.

“Kenapa kamu malu masa cakap nak bergerak sendiri?” Tak Jae-hoon pula menambah.

“Oh, tak adalah teruk sangat soalan ni.” balas Suk-jin.

Tak Jae-hoon mengajukan soalan ke tahap seterusnya, “Sampai bila kamu nak berada di bawah bayang-bayang Jae-suk?”

unnamed 4 2

“Alamak, tak harsh sangat ke soalan tu?” Sang-min menyuarakan keprihatinannya tentang perasaan Suk-jin.

Suk-jin menundukkan kepalanya sebelum menjawab, “Ungkapan “bayang-bayang” tu benar, kami memang sentiasa melangkah bersama. Walaupun pembawaan diri berbeza, kami tetap saling menyokong antara satu sama lain.”

unnamed 2 7

Sumber: Wikitree