Jin BTS akan ke “Running Man”!

Pada Okotber 23, Running man telah memberi sedikit teaser untuk episod minggu depan yang akan mempunyai tetamu iaitu Jin.

Pratoton yang menghiburkan baru sahaja dikeluarkan menunjukkan kesamaan dan perbezaan antara Jin dan Ji Suk Jin yang berkongsi nama yang sama.

Pada awal klip, Jin berkata,” Setiap pukul 8 pagi, saya akan minum secawan Americano.”

Menunjukkan kontras yang antara Jin yang moden dan Ji Suk Jin yang agak retro.

Ji Suk Jin pula berkata,”Setiap pukul 8 pagi, saya akan minum teh ssanghwa.”

Jin 2 1

Jin membalas, “Saya suka lawak-lawak orang tua ni.”

Ji Suk Jin menyampuk dengan ketawanya,”Saya lah orang tua tu kan?”

Jin menyatakan bahawa dia yang paling tua di kalangan ahli BTS dan Ji Suk Jin juga ahli paling tua di Running Man.

Kemudian dalam pratonton, Yoo Jae Suk dan HaHa kecewa apabila Suk Jin yang mereka jumpa adalah Ji Suk Jin dan bukan Jin BTS.

HaHa mengeluh, “Suk Jin ni lain.”

Yoo Jae Suk tanya,”Tak ada ke cara lain untuk tukar pasukan?”

Nasib baik untuk Yoo Jae Suk, terdapat — dan beberapa anggota Running Man ditunjukkan menggunakan tiket pemindahan khas untuk menukar pasukan kerana Jin dengan senang hatinya memainkan permainan tanpa meninggalkan.

Ji Suk Jin Jin 2

Episod Jin “ Running Man ” akan ditayangkan pada 30 Oktober jam 4 petang. MYT.

Previous article“Risau Tengok Keadaan Dia Sekarang”-Video Terbaharu Park Boom Cetus Kegusaran Dari Peminat
Next articleGempar: Hyun Bin Dan Son Ye Jin Mengumumkan Perkahwinan