Home Reality Show Running Man: Model Puji Gaya Fesyen Song Ji Hyo Sampai Member Lain...

Running Man: Model Puji Gaya Fesyen Song Ji Hyo Sampai Member Lain Tak Puas Hati

0

Penampilan Song Ji Hyo dalam episod terbaru ‘Running Man’ siaran SBS pada 16 Januari lalu menarik perhatian para model dengan gayanya yang dikatakan trendy.

Pada hari kejadian, Ji Hyo memakai kaca maa hitam berbingkai putih dan balaclava biru, sejenis topi seperti helmet dan merupakan item musim sejuk.

3 5
Kredit: SBS

Jae Suk dan Haha puji Ji Hyo comel. Keempat-empat model runway yang jadi juri turut kagum dengan selera fesyen Ji Hyo dan berpandangan item dari hujung rambut hingga kaki aktres tersebut sebenarnya sedang trending dalam dunia fesyen lebih-lebih lagi pemakaian balaclava itu.

2 5
Kredit: SBS

Ji Hyo tidak dapat menyembunyikan rasa seronoknya yang terpancar di wajah menerusi senyuman lebarnya.

4 6
Kredit: SBS

Melihatkan stail Ji Hyo dilambung pujian juri, member-member lain tidak berpuas hati dan bertanya, “Adakah dunia fesyen sedang kiamat?”

6 2
Kredit: SBS

Mereka juga tidak faham macam mana Haha, Yang Se Chan dan Song Ji Hyo boleh terpilih sebagai Top 3 Fashionista.

5 4
Kredit: SBS

Sumber: Insight