Home Video Rider Grab Diserang Dan Dihina, Dikatakan Ganggu Kawasan Parking Kereta

Rider Grab Diserang Dan Dihina, Dikatakan Ganggu Kawasan Parking Kereta

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok apvle_, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita yang bekerja sebagai penghantar makanan Grab diserang, kerana meletakkan motosikalnya di tempat letak kenderaan. Kes ini berlaku sekitar jam 6.45 petang di hadapan restoran di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Wanita ini mengatakan sedang menunggu pesanan untuk membuat penghantaran dan sambil menunggu beliau menjamah sedikit makanan di sana.

Beliau meletakkan motosikalnya di hadapan kedai dan terdapat seseorang wanita yang berusia datang memarahinya kerana motosikal beliau mengganggu tempat letak kenderaan di kawasan tersebut. Mangsa ini juga diserang dengan kasar, serta beberapa perkataan yang menghina pekerjaannya.

Netizen turut memberi komen mengenai kes ini, mengatakan bersetuju dengan tindakan beliau dan tiada istillah ‘hormat orang tua’ jika ianya hingga boleh menghina orang seperti ini. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka pernah menghadapi pengalaman yang sama berhadapan dengan orang yang berusia. Perkongsian video klip ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1.2M penonton, 101K sukaan dan 6856 komen.

Pemilik akaun ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:

“Today , 6:45pm at Craven Cafe”

“I kena hina , kena cekik just bcs this aunty tak dpt masuk parking alasan bcs motor i park situ”

“As you can see petak parking tu muat je untuk kancil dia , i park skjp sbb tgah tuggu oder grab. Enjoying my first karipap kentang sbb terlalu lapar”

“1st she yell in the car tapi i tgok dia dh masuk parking dh pon. I pndg & ignore. i was thinking “Oh org tua”.. 2nd she park over another side & came directly yell. 3rd time she cross the line! lucky my fone tertkn record”

Lihat klip durasi pendek rider Grab diserang:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa kata orang ramai:

@Iman Rashid: THATS WHY AKU TAK PERNAH SETUJU DENGAN AYAT “YANG TUA DIHORMATI YANG MUDA DISAYANGI” SEPATUTNYA DUA DUA DIHORMATI

@ayiebahari: ayat PADU..”u pndg rendah kt org mcm kteorg,pdhal u ada masalah ngn hidup u jgn libatkn kteorg..” TERBAIK…

@tyra: Aku tak kisah tua atau muda . Once dia dah melebihi tahap aku. Hilang kesabar aku.

@clara: sorry this happen to u sedihnya u penat kerja kena hadap org mcm ni

@Izzarts: aku ni tahlah baru melawan lembut2 aku gigil. nape eh? kadang nk melawan sbb nk defend diri. tapi tulah sikit2 gigil.

@fidhusain: Aku baru kena dgn org tua,taktahu apa masalah dgn dorg.hahahahah..sama sama hormat org.tak kira tua ke muda

@MEMMA AMWAY23: Bagus akak ni, marah masih smooth lagi suara, boleh dwibahasa lagi, klau aku dah dengan air mata, dgn suara yang aku sorang jak faham

@olive: i feel u.saya dh kena semalam sis. sometime kita kena krg ajar jugak utk org yang mcm ni.

@’Abyad : my mom slalu ckp jgn lawan org tua. masa kcik aku dgr la nasihat tu. dh bsr ni aku amalkan “respect is earn” tua tak tua

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram