Home Entertainment Riak Wajah Suk Jin Gagal Sorok Rasa Kecewa

Riak Wajah Suk Jin Gagal Sorok Rasa Kecewa

0

Baru-baru ini Anugerah Hiburan SBS 2021 berlangsung di Menara Prisma SBS, di mana para bintang Korea berkumpul untuk meraikannya dan terima anugerah pencapaian.

Di tengah-tengah keseronokan itu, terdapat susuk tubuh seseorang yang paling dinanti-nantikan untuk menang pada malam itu—tak lain tak bukan adalah Ji Suk Jin dari Running Man.

Hal ini kerana pelawak veteran tersebut telah berada dalam industri selama hampir 30 tahun, dengan telatah lucunya dalam ‘Running Man’ dan kerja kerasnya.

unnamed 3 2

Untuk Anugerah Hiburan SBS tahun ini, Ji Suk Jin telah dicalonkan untuk Daesang (Anugerah Utama) yang merupakan antara satu penghormatan besar dalam industri.

Bersama-sama ahli Running Man yang lain, ramai orang menaruh harapan tinggi bahawa anugerah paling berprestij tahun 2021 bakal digenggam oleh Suk Jin.

unnamed 4 2

Namun pengumuman pengacara majlis mengejutkan ramai termasuk Suk Jin dan mengundang pelbagai reaksi.

Penghibur senior itu tidak diumumkan sebagai pemenang ‘Daesang’, sebaliknya anugerah baru dan tidak pernah dengar sebelum ini iaitu ‘Anugerah Pekerja Cemerlang SBS’.

Dek kerana kejanggalan suasana itu dapat dirasai, pengacara Shin Dong Yup cuba mengawal keadaan dengan menjelaskan aungerah tersebut.

unnamed 5 2

“Dulu kita ada ‘Anugerah Pencapaian’ dan macam-macam lagi untuk diberikan kepada penggiat hiburan senior, namun kali ini berbeza, tolong jangan salah faham.”

— Shin Dong Yup

Sewaktu Suk Jin menanggalkan topeng mukanya, terpancar kesedihan di sebalik senyumannya yang dirakamkan pada kamera.

unnamed 6

Ahli Running Man lain yang dapat merasakan kekecewaannya kelihatan cuba menghiburkan hati Suk Jin ketika dia bersedia untuk melangkah naik ke pentas bagi menerima anugerah itu.

Walaupun sedaya upaya untuk senyum, Suk Jin yang cuba menyembunyikan kekecewaannya itu menarik perhatian netizen di Korea.

Susulan majlis itu, netizen Korea segera mengecam SBS kerana cara stesen penyiaran itu dianggap tidak profesional.

“Ini benda paling mengarut, kenapa mainkan perasaan orang, bukankah lagi bagus kalau tak bagi award langsung?”

“Tolonglah bagi Suk Jin menang Daesang sekali, serius kalau korang tak beri juga tahun depan, aku tak nak tengok dah Running Man.

Rancak campaign 1640x614 1 8

Bagaimana pun Suk Jin tetap menunjukkan sikapnya yang profesional saat menyampaikan ucapan penerimaan dengan cool sambil memegang trofinya dengan bangga.

unnamed 7 1

Sumber: Wiktree, Koreaboo